Thursday, 18 July 2013

Kenapa Aku Masuk PAS?!

Pilihanraya Umum ke 13 baru lepas dan pelbagai babak drama dan hiruk pikuk disepanjang perjalanan aku sebagai blogger nyamuk chikungunyah. Lepas PRU aku malas nak mengukit-songket dan londehkan orang lain melainkan hanya mengomel kecil berkenaan PRK Kuala Besut yang kini berbaki kurang 10 hari.



Sekalung tahniah dan terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang memberi ruang kepada aku untuk turut sama dalam saff perjuangan membantu kerajaan membetulkan persepsi rakyat,Terima Kasih!

Walaubagaimanapun ada juga aku memprotes dan boikot beberapa individu yang mahu menangguk di air keruh dari semangat dan lurusnya aku dalam perang maya, aku tak salahkan sesiapa cuma kadang-kadang emosi aku bercampur gaul dengan segelintir mereka yang mempunyai kepentingan peribadi sehingga sanggup menjual aku ini dan tak keterlaluan dikatakan mahu mempergunakan aku.

Alhamdulillah, walauapa pun yang belaku pada sesi PRU13 yang lepas aku berharap dapat dijernihkan semula oleh para pro-kerajaan yang menghakimi aku tanpa bertemu empat mata dengan aku. aku tahu ada yang tak senang dengan kehadiran aku, maklumlah selepas PRU13 ramai blogger-blogger yang kononnya sebaris dalam saff perjuangan hari ini hanyut entah kemana. Dah menang ek?haha..rehat la ea...

Untuk meneruskan survival alam maya aku perlukan beberapa bentuk medium yang memudahkan aku untuk terus menulis, Sejujurnya aku pun malas nak karang panjang-panjang tu pasal aku lebih suke panjangkan artikel kawan-kawan lain, ada yang salah anggap kata aku tak boleh menulis, yang bestnya ada juga mempertikai kononnya aku rajacopy-paste sahaja. Copy paste punya pasal la maklumat sampai taw, kepada blogger yang tak bagi orang copy cerita dia tu, aje lantak..biar keras kat situ..tak sior aku nak komplein.

Dulu aku pernah dimaki macam sampah atas sebab kononnya aku ini boleh disaiko macam budak belasan tahun, tak mengapa air laut pun ada pasang surutnya. Ada juga suara sumbang mengatakan usaha-usaha sebegini (blogging & Facebook) tidak mendatangkan manfaat kepada kerajaan semasa PRU13 adalah salah, hanya blogger sahaja yang tahu akan hasil usaha dan payahnya hidup bernafas dalam air.

Kepada yang tak tahu cerita hujung pangkal yang aku tulis dalam status-status  tu aku nasihatkan renungkan ini... 

"Kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit"



Akhir kata..

Aku disini mendoakan kejayaan dan kemenangan Barisan Nasional dalam mempertahankan kerusi N.1 Kuala Besut. Aku tak daya nak kesana sebabnya kalau aku ada kat sana pon macam tak ada jek hehehe..

*Maaf tajuk hanya booster mcm Mr. T ajar hehehe :p


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Kenapa Aku Masuk PAS?! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 18 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!