Sunday, 28 July 2013

Kalau Pemimpin Bersin Pun Ahli UMNO Akan Tepuk Tangan - Tun Mahathir

Ungkapan kata ini diluahkan oleh Mantan Perdana Menteri dan Mantan Presiden UMNO dalam satu sesi dialog tertutup bersama NGO KelabCheDet  (26/7/2013) di pejabat nya.

“Mereka akan sokong tanpa bersoal jawap lagi apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin UMNO walaupun yang dilakukan itu merosak kan parti” tambah nya.

“Ahli UMNO sudah tidak berkualiti lagi,apa tidak nya jika ramai orang yang berpendidikan tinggi dan berpelajaran dihalang masuk kedalam UMNO” kata nya.

“Jika ketua bahagian itu guru besar misal nya dia akan cuba halang orang yang kedudukan taraf dan pangkat yang lebih tinggi dari masuk menjadi ahli kedalam bahagian nya, jika orang itu guru biasa baru lah di luluskan, begitu seterus nya cik gu pula enggan orang yang lebih berpendidikan dari nya untuk masuk , lama lama yang ada orang yang tiada kualiti dan pendidikan, nak cari calon jadi menteri pun tak ada kerana yang sedia ada semua nya tidak berkelayakan”

“Orang orang yang dihalang masuk ini akan kemudian nya masuk kedalam parti lawan dan bersaing dengan pemimpin UMNO ini, itu sebab nya retired general, pensyarah semua masuk kedalam parti lawan” ujar nya. [ucapan penuh]


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Kalau Pemimpin Bersin Pun Ahli UMNO Akan Tepuk Tangan - Tun Mahathir Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 28 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!