Saturday, 20 July 2013

Isu Hudud Gagal Kini Isu Royalti Pula?



Isu Royalti Minyak, Sandiwara Terbaru Pas Di Kuala Besut

Mungkin disebabkan tiada isu yang boleh diketengahkan bagi menarik minat pengundi, parti Pas terpaksa ‘mengimport’ isu royalti minyak Kelantan. Dengan mengunakan alasan pilihanraya kecil ini sebagai talian hayat, mereka mengharapkan dapat memperdayakan pengundi bagi merampas semula kerusi DUN Kuala Besut yang pernah dimenanggi oleh mereka suatu ketika dahulu. bagi membolehkan isu royalti minyak Terengganu di perjuangkan.

Kepada yang bijak menilai rentak permainan politik, pasti akan ada yang tersenyum sinis dengan sandiwara terbaru yang dipersembahkan ini. Ini kerana dengan tidak semena-mena kawasan kecil Kuala Besut telah menerima seorang pengarah ‘mee segera’ yang dilantik khusus untuk memperjuangan isu yang royalti dibangkitkan ini.

Sedangkan pada hakikatnya sekiranya mereka benar-benar ikhlas ingin memperjuangkan hak rakyat di Kuala Besut, mengapa baru sekarang diwujudkan satu jawatankuasa khas? Malah isu yang dibangkitkan adalah amat berbeza dengan apa yang sedang berlaku Kelantan.

Kerajaan Persekutuan juga telah mengambil pendirian bahawa dari segi perundangan, Kelantan hanya mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri tersebut iaitu kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri.

Namun begitu, seperti yang diketui oleh umum, sehingga waktu ini tiada pengeluaran petroleum dilakukan dalam kawasan perairan negeri Kelantan. Oleh itu, dari segi perundangan, kerajaan negeri Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum.

Walau bagaimanapun, demi menjaga kepentingan semua pihak, kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini berkata Jawatankuasa Khas itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

Tuntutan pembangkang supaya Petronas memberi royalti minyak dari lima kepada 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak lebih merupakan gimik politik yang dipopularkan menjelang pilihan raya umum ke-13 lalu.

Sedangkan pada hakikatnya apa yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang ini adalah tindakan yang munasabah dan mengambil kira faedah jangka panjang dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas kepada rakyat, yang dilaksanakan melalui pelbagai hasil kerajaan termasuk bayaran cukai oleh Petronas.

Pelbagai kemudahan asas yang sedang dinikmati rakyat termasuk lebuh raya, jalan raya, lapangan terbang, hospital, sekolah dan banyak lagi telah berjaya meningkatkan taraf hidup dan membawa kemakmuran kepada rakyat khususnya di Terengganu.

Malah semua kemudahan asas itu juga dapat dibangunkan di seluruh negara kerana kerajaan pusat menguruskan sumber kekayaan negara dengan baik dan mempunyai tenaga kepakaran dalam pelbagai bidang bagi melaksanakan setiap perancangan untuk memajukan negara.

Inilah perkara yang rakyat khususnya pengundi di Kuala Besut perlu fikirkan, sebab hasil negara ialah cukai. Disebabkan itu kerajaan pusat mampu mengutip cukai hingga mencecah RM115 bilion setahun.

Ia secara tidak langung menyebabkan kerajaan boleh membuat banyak tawaran kepada rakyat termasuk dalam bentuk tunai, ekoran dari pengurusan kerajaan yang cekap dan berkesan.

Malah bagi negeri pengeluar minyak seperti Terengganu, kerajaan pusat telah membelanjakan lebih daripada kuotanya dalam pelbagai bentuk pembangunan, khusus untuk rakyat. Oleh yang demikian, rakyat perlu menilai dan sedar niat sebenar pakatan pembangkang yang sengaja membawa isu royalti minyak.

Apakah ia untuk kebajikan rakyat, atau kemaruk untuk memiliki kuasa? Renung-renungkan.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Isu Hudud Gagal Kini Isu Royalti Pula? Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 20 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!