Tuesday, 23 July 2013

ISU BOIKOT MEDIA OLEH PEMBANGKANG
TINDAKAN PENGECUT PEMBANGKANG TAKUT DENGAN BAYANG2 SENDIRI

Rancangan pembangkang melancarkan gerakan memboikot akhbar Utusan Malaysia, The Star, New Straits Times (NST) dan TV3 selama tiga tahun, disifatkan sebagai tindakan pengecut.

Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia, Dzulkarnain Taib, berkata rancangan itu juga menunjukkan sikap pakatan pembangkang yang takut dengan bayang-bayang mereka sendiri.
Tindakan itu ternyata tidak adil dan berbentuk penindasan kepada media dan masyarakat kerana ia tidak menjurus kepada mewujudkan perpaduan selain tidak memberi peluang untuk rakyat mendapat maklumat yang seimbang.

Mahu organisasi media bankrap

Pembangkang hanya mahu rakyat mendengar pandangan mereka, tanpa perlu mendengar pihak yang lain, katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli, yang dilaporkan Utusan Malaysia, Ahad lalu, mengenai tindakan memboikot yang dijangka dilancarkan selepas Aidilfitri dan diteruskan sehingga semua organisasi media itu bankrap. - sumber



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 23 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!