Thursday, 18 July 2013

Guru Mati Ditembak Di Kulim Kedah!

Seorang lelaki berbangsa India telah ditemui mati ditembak dalam satu kejadian tembak dan lari berhampiran Simpang Empat Keladi di Kulim, Kedah. Mangsa menaiki kereta Toyota Wish berwarna perak. Kejadian berlaku kira-kira jam 12.20 tengahari tadi

Mangsa yang dikenali sebagai Shanmugan a/l Krishnasamy (55) seorang guru di Sekolah Kebangsaan Berapit, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Sembilan kelongsong peluru 0.9mm ditemui berhampiran kereta mangsa. Menurut saksi kejadian yang namanya dirahsiakan berkata beliau menyedari kejadian apabila keretanya jenis viva dilanggar oleh kereta mangsa dari belakang.

Mengikut siasatan awal mangsa tiada kes lampau kecuali pernah ditangkap kes samun pada Jun 2013 di daerah kulim. Mangsa juga dikatakan seorang ahli geng 36 dan terlibat dengan pengedaran dadah.

Suspek pula melibatkan dua orang lelaki yang masih belum dikenalpasti identitinya menaiki sebuah motosikal Yamaha LC berwarna hitam. Kes masih dalam siasatan polis. 


*UPDATE*
Seorang guru maut dipercayai ditembak dua lelaki yang bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi di sini tengah hari tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata K.Shanmugam, 45, didapati dalam keadaan berlumuran darah di dalam kereta Toyota Wish miliknya.
Kejadian berlaku kira-kira 12.25 tengah hari tadi ketika mangsa dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Bidara ke Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit, Bukit Mertajam.
Beliau berkata dua lelaki tersebut dikatakan telah mengikuti kereta mangsa sebelum melepaskan tembakan.
“Salah seorang dari suspek dipercayai telah melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai kepala dan badan mangsa. Ini mengakibatkan kereta mangsa terbabas dan melanggar sebuah kereta di hadapan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Mohd Nashir berkata kedua-dua suspek kemudiannya memecut motosikal mereka.
ma3
Mangsa dipercayai ditembak dengan pistol automatik dan polis turut menemui beberapa kelongsong peluru di tempat kejadian.

“Kita akan mengambil keterangan daripada beberapa pihak termasuk ahli keluarga mangsa. Buat masa ini kita belum dapat kenal pasti punca sebenar kejadian,” kata Mohd Nashir.Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kulim.
Seorang pemandu Mat Lin Saad, 62, berkata beliau sedang memandu di hadapan kereta mangsa dan apabila tiba di simpang lampu isyarat tersebut, beliau terdengar bunyi letupan seperti mercun.
“Tidak lama selepas itu, saya terdengar bunyi kereta saya dilanggar dari belakang. Saya turun dari kereta saya untuk melihatnya dan mendapati orang ramai sudah mengerumun kereta di belakang saya. Saya turut melihat mangsa yang berlumuran darah meronta-ronta sebelum tidak lagi bergerak,” katanya.
Zulkiffli Itam, 45, pula berkata beliau yang berada di jalan yang bertentangan ternampak dua lelaki menaiki motosikal mengekori kereta mangsa.
“Tidak lama selepas itu, saya terdengar bunyi seakan-akan mercun dan dua lelaki yang menaiki motosikal itu terus memecut motosikal mereka ke arah Taman Selasih,” katanya.  – Bernama











للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Guru Mati Ditembak Di Kulim Kedah! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 18 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!