Tuesday, 23 July 2013

Gunaswari Tipu Penyokong Amenoworld?!

Kecoh bila blogger yang diberi gelaran pro-pembangang No.1 di Malaysia cuba menyemarakan api kebencian bukan islam terhadap umat islam yang melakukan ibadat berpuasa dibulan ramadhan kali ini bilamana Assyikin (amenoworld) menulis satu artikel yang terang-terangan sebagai melibatkan amalan ibadat berpuasa sehingga memaksa orang bukan islam dilayan sedemikian rupa?



Oke. Tadi ada orang mesej aku. Dan ada orang share link neh di wall aku. Dua individu yang berbeza. Yang mesej aku tak bagitau nama sekolah neh tapi dia citer kat aku bahawanya ;

1. Kanak2 non muslim disuruh berehat dalam bilik air.

2. Mereka makan kat sini sepanjang bulan puasa hari tue.

3. Alasan tak dinyatakan dengan jelas tetapi ibu bapa non muslim sedih anak2 diperlakukan seperti berikut.

4. Kata mereka, meskipun bilik air tersebut telah dibersihkan tetapi still berbau. So tak selesa untuk anak2 mereka makan.

5. Aduan sudah dihantar berkali2 tetapi pihak sekolah buat bodoh jek.

6. Sekolah yang dinyatakan ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Pristana. Seperti yang aku petik dari link asal yang disharekan. ==> https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10200899734149459&set=pcb.10200899734349464&type=1&relevant_count=1&ref=nf

7. Apa yang ibu bapa neh minta ialah kemudahan kantin jek.

Dulu member2 cina aku sebelum nak minum dalam kelas, dorang tanya aku. Saya nak minum, sorry ya. Jangan marah.

Aku cakap minum je la. Aku satusen tak heran. Aku percaya budak2 non muslim neh hormati rakan2 yang berpuasa tetapi perlu kah kita melayan mereka sampai macam neh sekali? Lemah sangat ka iman kita sampai budak2 neh kena makan sorok2 dan makan dalam bilik air? 

Mohon kes neh di siasat dan dengar penjelasan dari kesemua pihak sebelum mengambil apa2 pendekatan, kesimpulan dan tindakan.


ini jawapnnya:






JAWAPAN KEPADA KES PELAJAR MAKAN DALAM TANDAS?

Blog Amenoworld di entri terkini memaparkan dakwaan KONONNYA pelajar bukan Islam, berketurunan India dan Cina makan di dalam BILIK AIR. 

Berita itu kini tersebar secara meluas di media sosial.

Saya ingin MEMPERBETULKAN dakwaan itu agar tidak berterusan menjadi FITNAH.

Sumber daripada pihak bertanggungjawab memaklumkan kepada saya kira-kira 30 minit tadi.

"Gambar dirakamkan oleh keluarga pelajar itu kini tersebar di internet BUKAN bilik air tetapi BILIK PERSALINAN telah dinaiktaraf oleh pihak sekolah. Bilik sama dilengkapkan dengan dua meja serta beberapa sinki untuk memudahkan pelajar bukan beragama Islam membasuh tangan mereka," ujar sumber.

"Mengapakah mereka tidak makan di kantin?," soal saya.

"Kantin sekolah ditutup sejak hari pertama bulan Ramadan kerana kerja menggantikan pintu kayu dengan pintu kaca. Pihak pengurusan sekolah bimbang jika dalam proses pembinaan itu, mungkin pelajar menggunakan kantin akan tercedera," jawabnya.

Gambar dipaparkan oleh blogger pro pembangkang itu seharusnya diteliti dan disiasat kesahihannya. Jika benar pelajar makan di bilik air, mengapakah perakam tidak memuatkan gambar mangkuk tandas? Bukankah gambar sebegitu LEBIH tragis sekaligus menjahanamkan imej sekolah majoriti tenaga pengajarnya berbangsa Melayu?

Saya difahamkan, selain pelajar Melayu, Sekolah Rendah Kebangsaan, SRK Seri Pristana, mempunyai 23 pelajar berketurunan India dan 3 Cina. Sekolah terbabit terletak berhampiran Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Kes ini telah saya maklumkan kepada kakitangan Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan diketahui oleh Pengarah Pendidikan Selangor.






Penyebar cerita tidak berasas: https://www.facebook.com/guneswari.kelly



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Gunaswari Tipu Penyokong Amenoworld?! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 23 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!