Wednesday, 3 July 2013

Forum Perdana Pulau Pinang : Mohon Umat Islam Bersama!

DAP kini telah menunjukkan belang babinya!

Kerajaan DAP Pulau Pinang harus memastikan program Forum Perdana yang dijadualkan pada 5 Julai depan diteruskan jika benar tiada halangan untuk berceramah di negeri ini.

Sehubungan itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Insan Mulia, Aminah Abdullah mencabar Datuk Abdul Malik Kassim selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, memainkan peranan dalam hal berkenaan.

"Jika benar seperti penjelasan Abdul Malik iaitu tiada halangan untuk mengadakan ceramah agama atau majlis percambahan ilmu di negeri ini, beliau selaku Exco bertanggungjawab harus memastikan program berkenaan berjalan seperti dirancang sempena bulan Ramadan akan datang.


"Dalam isu membabitkan agama Islam atau perkara berkaitan, Abdul Malik harus berdiri atas kaki sendiri ketika menjalankan tugasnya dan bukan dengar cakap Ketua Menteri, Lim Guan Eng," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, pendakwah bebas, Muhammad Kazim Elias al-hafiz atau dikenali sebagai Ustaz Kazim meluahkan rasa kesal apabila program ceramahnya yang dijadualkan pada 5 Julai depan dibatalkan kerajaan negeri sambil mendakwa arahan berkenaan dikeluarkan oleh Exco yang bertanggungjawab dalam soal agama.

Bagaimanapun, Abdul Malik menafikan beliau melarang penganjuran majlis berkenaan dan mengatakan mungkin berlaku salah faham.

Mengulas lanjut, Aminah berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang harus faham bahawa ceramah yang bakal disampaikan oleh Ustaz Kazim adalah tentang agama Islam dan bukannya politik.

"Apa yang mereka hendak takut kalau mungkin dikritik ketika ceramah itu berlangsung. Bukankah sebelum ini, mereka sering mendakwa kerajaan negeri terbaik dalam pelbagai aspek?

"Jadi kena belajar terima pendapat orang dan jangan melompat serta bertindak terburu-buru sehingga mengganggu majlis ilmu untuk umat Islam," katanya. - sumber

Salah satu faktor besar yang mengundang beraninya DAP hari ini adalah bersekongkolnya PAS dan PKR dalam menentang Islam, Tidak cukup dengan mereka merelakan kalimah Allah dikongsi puak kafir dan kini DAP cukup yakin segala tindakkan mereka akan direstui PAS dan PKR kerana kuasa dan wang telah didewakan oleh matlamat perjuangan PAS dan PKR!





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Forum Perdana Pulau Pinang : Mohon Umat Islam Bersama! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 3 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!