Saturday, 13 July 2013

Fakta Calon BN Ada Pakej Lengkap!



UMNO Bahagian Besut meletakkan sasaran untuk menang 4,000 undi majoriti pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, persediaan telah dibuat dengan baik, jentera sudah digerakkan bukan sahaja di peringkat UMNO Bahagian, malah mendpaat bantuan dan kerjasama dari UMNO pusat dan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu dalam memastikan BN menang dan mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut.

“Saya lihat pemilihan calon BN merupakan satu pilihan yang tepat oleh Perdana Menteri dan parti, kerana kriteria winnable candidate ialah orang yang amanah, orang yang ada integriti dan orang yang ada pelajaran, serta orang muda.

“Semua kriteria itu ada pada calon kita, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, sebab itu tagline yang kita guna pada calon kita adalah anak ustaz kerana bapanya itu juga seorang ustaz dan seorang mubalig di kawasan Kuala Besut, dia seorang profesional kerana dia seorang jurutera dan dia juga seorang anak muda.

“‘Anak Ustaz-Profesional-Ore Mudo’, itu satu pakej yang sempurna dan begitu baik sekali,” ujarnya yang juga Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut.

Dalam perkembangan sama, beliau melihat dakwaan pihak pembangkang kononnya pihak Suruhanjaya Pilihan Raya tidak telus namun dalam masa yang sama, hari ini bertanding untuk menentang calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman bagi merebut kerusi DUN Kuala Besut sebagai sandiwara kerana mereka sebenarnya hendak membuat demostasi jalanan.

“Itu stail mereka, sebab tak telus pun mereka pergi ke parlimen (angkat sumpah), marah pada Perdana Menteri tetapi makan sekali, tetapi dalam masa yang sama, penyokong-penyokong di luar berpanas melakukan demostrasi di tengah panas dan berjerubu….. saya dah biasa sangat dengan pendekatan pihak pembangkang ini,” tambahnya.

Beliau yakin, pihak pembangkang tidak mempunyai isu untuk dimainkan di PRK Kuala Besut ini sebaliknya pihak pembangkang akan mereka-cipta isu seperti isu 40,000 pengundi Bangla supaya mengelirukan rakyat dan seperti isu blackout 505.

“Mereka memang pandai create isu, mereka memang pandai berbohong walaupun dalam bulan Ramadhan ini, mereka akan buat. Namun kita akan maklumkan kepada rakyat tentang siri pembohongan dan sandiwara pihak pembangkang ini agar mereka khususnya pengundi di Kuala Besut tidak akan terpedaya dan akhirnya membuat pilihan yang salah dengan mengundi Pas pada 24 Julai nanti,” tambahnya lagi. - MU




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Fakta Calon BN Ada Pakej Lengkap! Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 13 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!