Sunday, 21 July 2013

Diskaun TOL Sempena Cuti Hari Raya?!

Aku ada idea tapi masuk akal atau tidak..tidak lama lagi kita akan menyambut bulan syawal, bila menyebut bulan syawal ia automatik terkenangkan kampung halaman dan balik berhari raya.

kempen berkongsi kereta itu pada aku ianya sangat baik untuk mengurangkan jumlah kos belanja dan lambakkan kenderaan diatas jalanraya menjelang hari cuti raya!

Faktor kesesakan lalu lintas ini bakal terjadi bila mana saban tahun negara kita mendaftarkan puluhan ribu kenderaan baru dan keadaan ini tidak mustahil akan menyesakkan lagi lebuhraya terutamanya musim cuti atau raya, jumlah kereta bertambah jalan tak lebar-lebarkan lagi.(Dah boleh buat 6-8 line)

Aku nak syorkan kepada kerajaan agar memberikan diskaun TOL kepada setiap kenderaan yang berjaya dinaiki penuh 5 orang penumpang. (Tidak termasuk van atau bas) @ diskaun kepada kenderaan yang mula masuk TOL selepas 12tgh malam. Aku yakin mesti ramai offer suh tumpang kereta dia. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan!!!

*Nasib baik aku nek RXZ jek hehe..prengg..prengg..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Diskaun TOL Sempena Cuti Hari Raya?! Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 21 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!