Sunday, 14 July 2013

Demokrasi Tak Dimanfaatkan

Kedatangan Ramadan tahun ini menyaksikan kemelut dalam dunia Islam apabila politik Mesir menjadi kancah pergelutan kuasa dengan jatuhnya kepemimpinan Mohamed Morsi sebagai Presiden Mesir. Morsi yang dipilih secara demokratik sebagai Presiden pada 30 Jun 2012 diturunkan secara tidak demokratik oleh tentera selepas Mesir dikejutkan sekali lagi dengan siri kebangkitan rakyat.

Umum mengetahui kejatuhan rejim Hosni Mubarak pada 2011 selepas 30 tahun pemerintahannya membuka laluan baru bagi Mesir melaksanakan sistem demokrasi dan memperkukuhkan penyertaan rakyat dalam politik. Namun, sebagai negara yang sudah lama di bawah pemerintahan autokratik dan pembabitan tentera, proses transisi kepada demokrasi amat kritikal dan mudah diganggu jika tidak dilakukan dengan bijaksana. 

Terdapat beberapa isu yang boleh dilihat dalam kemelut politik Mesir. Pertama, kejatuhan Mubarak menimbulkan fenomena euphoria atau kegembiraan yang melampau dalam kalangan rakyat Mesir yang boleh memakan diri dan masa depan negara itu. [Baca Penuh Kolumunis]




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Demokrasi Tak Dimanfaatkan Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 14 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!