Tuesday, 30 July 2013

Dalang Penyeludup Senjata Berjaya Dikenal Pasti


Polis telah mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab membawa masuk senjata api ke negara ini berikutan kejayaan pasukan khas merampas sejumlah senjata api dalam tempoh dua minggu ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan senjata api itu dibawa masuk dari negara jiran.

"Mana ada senjata banyak seperti itu di sini. Kalau ada di sini semua didaftar. Ia mesti datang dari negara lain," katanya kepada pemberita selepas sidang media khas sempena sambutan Hari Pahlawan 2013 di sini Isnin.

Bagaimanapun, katanya maklumat mengenai jumlah rampasan akan dimaklumkan kelak.

Menurutnya pasukan khas itu ditubuhkan susulan banyak kes bunuh menggunakan senjata api akhir-akhir ini.

Katanya polis memandang serius kes tembakan yang sering berlaku akhir-akhir ini termasuk kes tembak pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch R. Sri Sanjeevan di Jempol, Negeri Sembilan Sabtu lepas.

Mei lepas, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin yang ketika itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman memberitahu Bernama, pasukan khas itu diketuai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat Bukit Aman, Datuk Huzi Mohamed.- BERNAMA

Aku harap ada berita gembira dari pihak POLIS, jangan duk kenal pasti jek..tangkap seret..adili mereka-mereka. Now Malaysia macam apa tah..Penjenayah bunuh orang macam bunuh tikus..!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Dalang Penyeludup Senjata Berjaya Dikenal Pasti Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 30 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!