Thursday, 4 July 2013

Clare Rewcastle Upahan Pembangkang Dihalang Memasuki Sarawak?!

Permainan siapa penulis dan siapa yang membiayai Sarawak Report akhirnya terbongkar apabila penulisnya Clare Rewcastle Brown dilarang daripada memasuki negeri Sarawak siang tadi.

Portal Sarawak Report terkenal dengan fitnah dan tohmahan terhadap keluarga Ketua Menteri Sarawak dan pemimpin BN juga mereka yang bersekongkol dengan BN dan Kerajaan Negeri Sarawak. Lebih memburukkan keadaan, penulisnya sanggup memutarbelitkan cerita dan mengapi-apikan cerita yang tidak benar dengan harapan ianya akan menggoncang Sarawak dan BN.

Penyenaraian hitam Clare Rewcastle Brown telah mengkecohkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sehingga memaksa Naib Presiden PKR Sarawak yang juga ADUN Batu Lintang, See Chee How datang dan mententeramkan keadaan.

Persoalan ketika itu, kenapakah See Chee How? Apakah kaitan Clare Rewcastle Brown dengan See Chee How dan PKR Sarawak?

Berdasarkan video yang dimuat naik Malaysiakini, Clare Rewcastle Brown datang dari Britain dan tiba di LTAK dari Singapura pada jam 1.15 petang Rabu (hari ini). Sebaik sahaja tiba di LTAK, pihak imigresen telah mengeluarkan notis penolakan Clare Rewcastle Brown dari memasuki Sarawak. [artikel penuh]


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Clare Rewcastle Upahan Pembangkang Dihalang Memasuki Sarawak?! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 4 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!