Monday, 29 July 2013

Cina Tua Maut Digilis Hingga Bersepai Otak!


Kemalangan tidak mengira waktu seperti maut menjemput tidak terlewat walaupun sesaat, kepada rakyat Malaysia suka diingatkan moga berhati-hati dijalan raya memandangkan musim perayaan sambutan Hari Raya Adilfitri bakal bertandang kurang dari 2 minggu lagi.

Disini dikongsikan bersama satu kejadian yang menyayat hati seorang warga emas yang menghembuskan nafasnya dalam keadaan yang ngeri walapun ianya dalam kawasan jalan negeri(jalan kecil).

Harap ini dijadikan teladan kepada kita lebih-lebih lagi kepada pejalan kaki dan penunggang motorsikal.


Seorang lelaki warga emas yang sedang berbasikal di Jalan Masjid Negeri di sini maut akibat dirempuh sebuah kereta hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pada kejadian pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Low Kee Lai, 72, cuba menukar haluan basikalnya dari kiri ke kanan sebelum basikalnya bergesel dengan sebuah kereta Perodua MyVi dan terjatuh ke atas jalan.

"Mangsa yang tidak sempat bangun selepas terjatuh kemudiannya dilanggar pula sebuah kereta lain jenis Satria Neo yang tidak sempat mengelak," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, mangsa cedera parah di kepala, meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - BERNAMA

crdt : anakseberang
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Cina Tua Maut Digilis Hingga Bersepai Otak! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 29 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!