Wednesday, 31 July 2013

Buang Sikap Parasit Kepada Bangsa Dan Agama – Tengku Abdullah

Umat Islam di negara ini perlu mengetepikan perbalahan yang boleh melemahkan kekuatan ummah yang akhirnya menggugat agama Islam.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah agama Islam ketika ini dilihat menghadapi tekanan daripada pihak tertentu dan umat Islam tidak harus memburukkan lagi keadaan dengan permusuhan dalaman.

Titah baginda umat Islam wajib mempertahankan kemakmuran bangsa, agama dan negara, dan mereka perlu membuang sikap parasit serta mementing diri hanya disebabkan fahaman politik dan perbezaan pendapat.

“Pergolakan yang berlaku di negara Syria, Mesir, Iraq dan lain-lain di Timur Tengah perlu dijadikan iktibar berguna kepada rakyat negara ini terutamanya umat Islam.

“Pergolakan menjadikan negara terbabit dilanda peperangan saudara dan kehancuran menyebabkan rakyatnya terus dihimpit penderitaan dan menjadi pelarian, sehingga rakyatnya tidak dapat menjalankan ibadah berpuasa dengan sempurna kerana masing-masing bergelut dengan keselamatan dan kekurangan bekalan makanan,” titah baginda.

Baginda bertitah kepada pemberita pada majlis pengurniaan sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin di sini malam semalam. Terdahulu baginda berangkat menghadiri majlis berbuka puasa di Kampung Kuala Tembeling, Jerantut.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Islamiah Pahang Syed Ibrahim Syed Ahmad, Anggota Parlimen Jerantut Ahmad Nazlan Idris dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang (MUIP) Datuk Seri Wan Wahid Wan Hassan.

Dalam perkembangan lain, Tengku Abdullah yang juga Yang Dipertua MUIP bertitah, Pahang telah lama mengharamkan ajaran Syiah kerana umat Islam di Pahang mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Titah baginda Pahang akan mewartakan fatwa pengharaman ajaran Syiah bagi mengelak sebarang kekeliruan dan pemesongan akidah di negeri itu.

“Pengumuman pengharaman ajaran Syiah di negeri ini telah diumumkan beberapa tahun lepas, dan kita akan wartakan fatwa pengharaman ajaran Syiah ini,” titah baginda.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Buang Sikap Parasit Kepada Bangsa Dan Agama – Tengku Abdullah Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 31 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!