Friday, 5 July 2013

Apa Makna IOI? Ibrahim Oil Industry?

Isu Datuk Azeez Jadi Pengerusi Tabung Haji: Apa Kelulusan Bapa Anwar Ibrahim Sehingga Jadi Pengerusi IOI?

Sekarang agak panas juga isu pelantikan Datuk Azeez Rahim dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Tabung Haji. Isu ini telah dieksploitasi oleh blogger pembangkang sehingga kelulusan beliau dipersoalkan.Soalan MyMassa kepada yang membangkitkan isu ini, APA KELULUSAN DATO' IBRAHIM ABDUL RAHMAN, BAPA KEPADA ANWAR IBRAHIM SEHINGGA DILANTIK MENJADI PENGERUSI IOI? Untuk mengupas isu ini, MyMassa ulang terbit artikel yang pernah keluar di blog ini...Dahulu MyMassa pernah dengar orang bercerita mengenainya. Ianya ketika Anwar bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan Tun Mahathir dan mengaitkan Tun dengan amalan kronisme. Baru-baru ini MyMassa ada menghadiri kenduri kahwin. Persoalan yang sudah lama senyap kini timbul kembali. Ada seorang rakan yang MyMassa jumpa di kenduri kahwin bertanyakan SOALAN MAUT:

BETUL KE IOI TU BERMAKSUD IBRAHIM OIL INDUSTRY? Tergamam MyMassa bila dengar soalan tersebut. Setahu MyMassa, IOI ni milik saudagar kaum Cina yang merupakan antara orang yang terkaya di Malaysia. Oleh kerana terkasima dengan soalan tersebut, MyMassa hanya mendengar celoteh rakan tersebut yang mengulas isu tersebut secara panjang lebar.Dek kerana tak puas hati dengan penjelasan rakan yang MyMassa rasa terlalu banyak NASI TAMBAH, MyMassa cuba tanya rakan-rakan lain yang lebih mengetahui. Ada jugak MyMassa cari maklumat ini di internet kaitan Datuk Ibrahim dengan IOI. Dari maklumat rakan-rakan dan semakan di Internet, tenyata IOI bukanlah milik bapa Anwar Ibrahim tetapi milik Tan Sri Lee Shin Cheng, orang ke-4 terkaya di Malaysia. Dan IOI juga bukanlah IBRAHIM OIL INDUSTRY seperti yang ditohmahkan oleh rakan MyMassa tetapi IOI adalah singkatan kepada Industrial Oxygen Incorporated Sdn Bhd.Jadi, mana datangnya kaitan bapa Anwar Ibrahim dengan IOI? Dari Majalah Antarabangsa ASIAWEEK,majalah ini membongkar kaitan tersebut (http://www-cgi.cnn.com/ASIANOW/asiaweek/98/0703/sr_5_alloc1.html).

Pendedahan ini menunjukkan bapa Anwar Ibrahim mendapat saham IOI sebanyak 2 juta unit pada tahun 1993. Tahun berapakah Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan? Tahun 1991. Mudahnya Anwar menuduh orang lain KRONI dan SALAH GUNA KUASA tetapi apabila dia menjadi Menteri Kewangan, bapanya dianugerahkan saham lebih 6 juta unit ketika Kerajaan rancak melaksanakan dasar penswastaan dan pensyarikatan Malaysia. Dalam pada itu, Datuk Ibrahim telah dilantik menjadi Pengerusi IOI. Mungkin kerana itu timbulnya penambahan cerita sehingga nama IOI disangka Ibrahim Oil Industry.MyMassa harap entri kali ini membantu membersihkan tuduhan bahawa IOI bermaksud Ibrahim Oil Industry. Namun salah guna kuasa yang Anwar lakukan dengan memberikan berjuta-juta unit saham kepada bapanya bukanlah satu tuduhan, tetapi kenyataan bahawa ketika di puncak kuasa, Anwar juga mengamalkan KRONISME.

Bak kata pepatah, bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.

Sumber : http://mymassa.blogspot.com/2012/12/benarkah-ioi-adalah-syarikat-kelapa.html.

Untuk makluman pembaca, bapa Anwar Ibrahim hanyalah seorang India Muslim yang bekerja sebagai atendan hospital. Namun, setelah masuk UMNO dan berjaya menjadi pemimpin parti tersebut, beliau telah mendapat pelbagai nikmat dan kesenangan. Kalau nak diikutkan kelulusan, kemungkinan besar kelulusan bapa Anwar Ibrahim lebih teruk dari Dato' Azeez.Namun kerana anaknya seorang Menteri Kewangan, maka si bapa mendapat 6,000,000 unit saham dan dilantik menjadi pengerusi IOI.Persoalannya, adakah lantikan tersebut dibuat berdasarkan merit (kelulusan beliau) atau sebaliknya?

Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. - blogger BPN
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Apa Makna IOI? Ibrahim Oil Industry? Daeng Selili Rating: 5 Friday, 5 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!