Thursday, 25 July 2013

Anak Ini Perlu Pembelaan

salam, semua pencinta. harap semua sedang aman.

rasanya pada siapa yang sudah lama di sini, pasti tahu aku adalah antara yang lantang memperjuangkan nasib anak2 tidak direzekikan untuk hidup bersama ibu bapa kandung mereka.

aku kira, dengan anugerah yang tuhan bagi-- this gift of talking to my community within clicks away yang terpaling elok adalah menjadi suara pada mereka2 yang tidak punya. katalah apa sahaja-- we should hate the sin; not the sinners,kan?

dan anak2 itu semua tidak berdosa. malah ibu2nya seusai melahirkan dan berjanji untuk tidak kembali pada dunianya-- tergugur dosa terus terlangsai.

kita ni? dengan bergunung dosa menghina mengata nista bagai tiada cela haih.. belum tahu mana hujung akhir kita. kawan2, alang2 izinkan aku mengiklan.


pada siapa2 yang seikhlas hati dan bersungguh merasa teguh sudah hati untuk bersedia mengambil zuriat orang sebagai anak sendiri aku jemput ke dua page ini. andai kalian benar2 dengan bersaksi tuhan tidak ada prejudis mahu berada dalam senarai ibubapa menunggu--
kami dengan lapang dada dan hati sudi membantu.

1) anak angkat untuk dibela

2) adoptive parents united

bear in mind--
THIS IS NOT BUSINESS.
demi tuhan yang maha pengasih kami BUKAN peniaga. but we MEAN business.

sebab kami tidak peduli sangat tentang kalian. kami peduli anak2 syurga ini. ini amanah kami.

ibu2 terdesak cari kami, kami bantu. end of story.

save your ethic comments.
UNLESS you CAN change the world (dan mind you BUKAN SEKADAR dengan memberi komen tazkirah dengan harapan dunia berubah) tolong simpan your judgements to yang maha kuasa.

baiklah. sekarang. the TRUE reason why i write tonight.

si cantik ini namanya qurnea. rezeki ke 9 pengasas Anak Angkat untuk dibelaya. ke sembilan. dengan 2 zuriat sendiri, dia tegar menerima 9 lagi. bermakna kini dia menjaga sebelas anak2nya dan yang dibelanya.

hidup dengan cuma gaji suami dia tegas menghidupkan mereka cukup;malam ke pagi.

sudah terlalu lama aku minta diizinkan untuk meminta bantuan agar diringankan beban kepalanya.dari dulu... degil...alasannya..dia masih mampu mengusahakan. a true mom, kan?


namun qurnea terlalu memerlukan bantuan. sekurang2nya untuk mempersiap dia menghadap dunia penuh prejudis pada fizikal. dan alhamdulillah, setelah berkali2, diizinkan aku untuk meminta bantuan bagi pihaknya.

demi qurnea.

kawan2, minta dikongsi2kan. minta diajak2kan.

qurnea datang di bulan ramadhan. moga2 atas mulianya bulan ini dapat kita bantu qurnea sekaligus kesemua 11 mereka. kalau2 sudi membelanjakan sepuluh ringgit baki pasar ramadhan kalian tadi untuk anak2 ini--
jemput dermakan ke akaun ini:

akaun semasa  (sebolehnya guna akaun ini):
CIMB 04070000504101
danfreez service

akaun simpanan 
(sebolehnya jangan transfer ke sini sebab khuatir account kena block):
CIMB 04130031817524
arshad alias

dengan penuh rendah diri, aku ucapkan terima kasih.

salam sayang, mummy juna.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Anak Ini Perlu Pembelaan Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 25 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!