Monday, 8 July 2013

Agenda Licik DAP Halau Melayu?


Agenda pakatan pembangkang yang dikuasai oleh Dap untuk memecahbelahkan pengundi Melayu dan pada masa yang sama meningkatkan jumlah pengundi Cina terserlah di dalam projek kondominium mewah Datum Jelatek di Taman Keramat.

Kawasan yang ingin dibangunkan seluas 2.4 hektar akan mengandungi empat blok kondominium mewah, hotel, ruang pejabat serta pusat membeli belah adalah satu usaha licik untuk menghalau penduduk Melayu di kawasan bandar.

Seunit kondominium yang dijual pada harga antara RM700,000 hingga RM11.6 juta mustahail mampu di miliki oleh penduduk setempat yang rata-rata adalah daripada golongan berpendapatan rendah.

Malah pembeli Melayu lain juga tidak mampu membeli hartanah tersebut disebabkan jurang kuasa membeli serta ekonomi golongan Bumiputera yang jauh lebih rendah daripada kaum Cina atau bukan Melayu.

Keadaan yang sama juga berlaku di Pulau Pinang di mana jumlah penduduk Melayu di kawasan pulau semakin mengecil disebabkan pembelian tanah oleh peniaga dan pelabur Cina.

Unit-unit kondominium yang dibina di atas tanah yang dibeli daripada orang Melayu di jual pula dengan harga yang mencecah berjuta-juta ringgit.

Pembeli Cina dari Singapura berebut-rebut untuk membeli hartanah di Pulau Pinang kerana perbezaan kadar pertukaran mata wang yang lebih menguntungkan mereka.

Begitu juga yang terjadi di Danga Bay yang memperlihatkan pembelian hartanah yang dijual pada harga yang amat tinggi oleh rakyat Cina Singapura.

Orang Melayu di kawasan bandar semakin dipinggirkan ke kawasan yang lebih terpelosok manakala aset milik Melayu semakin hari semakin susut dan tidak mustahil satu hati kelak akan terus lenyap.

Atas alasan pembangunan, pelabur-pelabur hartanah Cina yang berkiblat kepada Dap mengambil peluang untuk membeli sebanyak mungkin tanah-tanah milik orang Melayu di kawasan bandar kononnya untuk menambah nilai kepada aset yang dibeli di kawasan bandar.

Orang Melayu hanya mampu berputih mata melihat tanah mereka dibangunkan walaupun setelah mendapat pampasan daripada syarikat pemaju.

Dengan wang pampasan yang tidak seberapa di manakah orang Melayu akan berpindah atau di jenis perumahan apakah yang mampu mereka miliki.

Kemungkinan besar dengan jumlah wang pampasan yang diperolehi mereka akan samada ke kampung halaman masing-masing atau meninjau untuk membeli kediaman di kawasan yang jauh daripada bandar.

Lama-kelamaan kawasan bandar akan dipenuhi oleh Cina yang sudah tentunya tidak akan mengundi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti sementara jumlah pengundi Melayu sudah tidak mampu lagi mengimbangi kebanjiran kaum bukan Melayu.

Keputusan Menteri Selangor untuk meneruskan projek Datuk Jelatek walaupun dibantah keras oleh segelintir penduduk di kawasan tersebut yang tidak mudah dibeli oleh pemaju adalah amat merbahaya sekali kepada kuasa politik Melayu dalam masa lima tahun lagi.

Orang Melayu seperti Khalid Ibrahim yang bersekongkol dengan Dap dan golongan rasis Cina sanggup mengadai maruah serta masa depan bangsa sendiri demi kuasa politik dan kedudukan.

Siapakah yang akan membela nasib penduduk di kawasan tersebut untuk berdepan dengan golongan kapitalis Cina yang hanya menunggu masa untuk menghalau orang Melau di situ.

Orang Melayu berada dalam situasi yang lemah kerana mereka sayangkan satu-satunya aset yang dimiliki di nawasan bandar tetapi pada masa yang sama mereka juga tidak mampu menolak pengaruh dan tarikan wang ringgit yang ditawarkan kepada mereka.

Inilah taktik licik yang dilaksanakan oleh pelabur Cina yang memiliki dana yang besar untuk membeli tanah-tanah milik orang Melayu di seluruh negara selama ini.

Kerajaan perlu bertindak tegas di dalam perkara ini sekiranya tidak mahu melihat orang Melayu menjadi pengemis di bumi sendiri.

Sebahagian dana yang dimiliki oleh Petronas dan syarikat-syarikat milik kerajaan atau GLC perlu digembelingkan untuk membeli tanah-tanah milik orang Melayu sebelum hak milik jatih ke tangan orang-orang bukan Melayu khusus Cina.

Tanah yang dibeli tersebut kemudian dibangunkan di atasnya projek-projek perumahan mampu milik.

Hanya kaedah ini sahaja yang boleh menyelamatkan hartanah milik orang Melayun di kawasan bandar.

Jika ini tidak dilakukan segera, imbangan penduduk Melayu dan bukan Melayu akan terjejas teruk dan pada PRU14 kelak tidak mustahil BN akan kalah.

Tempoh lima tahun bukanlah satu jangkamasa yang panjang dan usaha mesti dilakukan bermula sekarang bagi memperbaiki keadaan sebelum menjadi lebih parah.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Agenda Licik DAP Halau Melayu? Daeng Selili Rating: 5 Monday, 8 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!