Tuesday, 18 June 2013

Zahid Jelas Isu Perjumpaan Dengan Cocky Arrogant

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta masyarakat tidak menyalah tafsir pertemuan tertutupnya dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam. 

Katanya, perjumpaan dengan Lim yang juga adalah Setiausaha Agung DAP dibuat atas alasan kemanusiaan untuk berbincang mengenai inkues serta bantuan yang boleh diberi kepada keluarga mangsa ribut di negeri itu.

"Kami berjumpa untuk berbincang atas alasan kemanusiaan, dan kepentingan politik harus ditolak ke tepi. Saya ada membaca komen di laman sosial Twitter, Facebook dan blog, ada yang positif dan ada juga negatif," katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan KDN di sini, hari ini. 

Semalam Ahmad Zahid mengadakan pertemuan tertutup dengan Lim dan ahli keluarga seorang lelaki yang hilang dipercayai tertimbus dalam kejadian ribut di Jalan Macalister, Pulau Pinang, untuk berbincang mengenai inkues serta bantuan yang boleh diberi kepada keluarga mangsa. 

Dalam kejadian angin kencang Khamis lalu, seorang penjual nasi Lim Chin Aik, 44, dikhuatiri tertimbus apabila sebuah kereta Honda City berwarna kelabu dipercayai miliknya ditemui terbenam di kawasan runtuhan pada Sabtu. 

Dalam perkembangan lain Ahmad Zahid berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengkaji semula prosedur pengambilan pekerja asing bagi memastikan tiada penindasan terhadap mereka. 

Menurut beliau, prosedur baru nanti akan turut menyentuh soal perlindungan insurans secukupnya, serta bayaran gaji yang setara dengan kerja yang dilakukan. 

"Pekerja asing (ketika ini) berhutang RM26 juta dengan hospital kerajaan bagi khidmat perubatan, dan perkara ini juga kami akan tekankan dalam kajian semula itu," katanya.

Beliau berkata, kajian juga akan melihat mengenai bon dalam pengambilan pengawal-pengawal keselamatan dari kalangan rakyat asing supaya pihak majikan lebih bertanggungjawab dalam memastikan kehadiran pekerja mereka dalam negara tidak melebihi tempoh yang dibenarkan. 

Pelbagai aspek berkaitan perkhidmatan pekerja asing tidak seharusnya dipandang ringan kerana Malaysia memerlukan khidmat mereka untuk membangunkan ekonomi negara, katanya. 

Ahmad Zahid berkata, kerajaan akan mengambil contoh sistem pengambilan pekerja asing yang diguna pakai di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Singapura untuk dibuat perbandingan dalam menampilkan sistem terbaik buat negara. 

Beliau berkata, UAE adalah contoh negara yang dapat mengawal kehadiran warga asing dengan baik, apabila negara yang mempunyai penduduk sekitar 500,000 orang itu memiliki kira-kira 4.6 juta pekerja asing ketika ini. - Antarapos





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Zahid Jelas Isu Perjumpaan Dengan Cocky Arrogant Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 18 June 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!