Tuesday, 4 June 2013

Wanita Kucing Dan Anjing DAP!!

luahan hati seorang muslimah dari Batu Pahat Johor... (lepas baca nanti pastikan boikot kedai DAP)

Assalamualaikum sahabat semua.
semalam petang saya pergi ke pasar ikan batu pahat dengan niat membeli ikan untuk kucing2 saya... saya masuk dari belakang (pintu berdepan dengan masjid india) memandangkan hari sudah pukul 2 maka sudah tidak ramai peniaga dan pembeli...

Setelah beberapa peniaga saya lewati saya berhenti di depan peniaga cina apek tua yang berbadan tinggi dan agak sasa. dari arah saya masuk tadi meja dia sebelah kiri kalau orang batu pahat pasti dapat agak apek yang mana satu yang saya maksudkan.

Saya menunjuk sepinggan ikan caru yang dah agak merah matanya, saya harap ikan yang dah tak segar tu lebih murah harganya dan saya bertanya
"uncle ini berapa ringgit?"
jawab dia "5"
saya pun balas "oh..." dalam hati saya berkata, mahallah sebab ikan tu dah tak segar dan agak-agak dalam 1kg sja. lalu saya pun beredar untuk membandingkan harga dengan peniaga lain pulak..

tiba-tiba apek tua tu bertempik " 5 RINGGIT LA, BUKAN 50 RINGGIT..! LU SENGKEK PUNYA KAKI...!"

berdesing telinga saya, rasa macam nak balas balik kata-kata dia tu tapi memandangkan saya datang seorang dengan bertudung labuh takkan la nak bertikam lidah dengan apek tua tu pulak. jadi saya hanya buat-buat tak faham.
ada sesiapa kat sini yang tak tau apa makna 'sengkek..?!! kurang ajo punya apek tua tak sedar diri. saya berjanji dengan diri saya, saya tak akan beli dengan apek tu lagi walau apa sekalipun...! kalau ada orang batu pahat yang membaca tulisan saya ni, saya menyeru jom kita boikot apek tua tu..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wanita Kucing Dan Anjing DAP!! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 4 June 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!