Wednesday, 5 June 2013

Universiti Mengajar Pelajar Rasis?!

Kuasa Diktator Dekan UM contoh paling baik seorang Dekan dalam mendidik anak bangsa!!!

Ketua jabatan UM tegur teater berunsur perkauman dilucut jawatan

KUALA LUMPUR 2 Jun - Seorang Ketua Jabatan Drama dan Teater di Pusat Kebudayaan Universiti Malaya (UM) dilucutkan jawatan hanya kerana menegur gaya penulisan skrip teater karya dua pelajar Cina tahun akhir universiti itu yang disifatkan mempunyai unsur-unsur perkauman.

Menurut sumber, ketua jabatan berkenaan yang sepatutnya melepaskan jawatannya pada Jun 2014, telah menerima surat daripada pihak pengurusan universiti pada 22 Mei lalu.

Berdasarkan surat tersebut, pelucutan jawatan sebagai ketua jabatan itu berkuat kuasa 1 Jun ini.

"Setiap pelajar yang mengambil kursus ini akan mempunyai seorang penyelia bagi menasihati karya yang mahu dihasilkan. Isu timbul apabila skrip teater pelajar di bawah seorang penyelia didapati mengandungi unsur-unsur perkauman.

"Apabila skrip dihasilkan dibawa ke panel penilai yang terdiri daripada lima orang (ketua jabatan tersebut dan empat orang pensyarah), pelajar dinasihati untuk mengolah semula skrip mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, salah seorang penilai berketurunan India yang juga merupakan penyelia kepada pelajar terbabit berkeras mempertahankan karya yang dihasilkan.

"Alasan yang diberikan penyelia itu ialah seni tidak seharusnya dibatasi oleh sesuatu isu," katanya.

Namun, empat ahli panel penilai tetap mencadangkan supaya sebelum teater berkenaan dipertontonkan kepada khalayak, skrip tersebut perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran pihak polis kerana dikhuatiri menyalahi undang-undang.

Bagaimanapun, penilai yang juga penyelia berketurunan India itu telah bertindak bertemu dengan kedua ibu bapa pelajar berkenaan.

"Ibu bapa pelajar tersebut telah datang berjumpa Dekan Pusat Kebudayaan dan disebabkan bimbang perkara itu dihebahkan, dekan berkenaan telah mengeluarkan surat penamatan jawatan kepada ketua jabatan itu.

"Tindakan diambil tanpa ada sebarang usul periksa dan perbincangan terlebih dahulu dengan ketua jabatan (seorang Melayu) berkenaan," jelasnya.

Difahamkan teater tersebut menyentuh soal institusi raja-raja selain menyindir dengan mengumpamakan orang Melayu 'bodoh.'

Dalam masa sama, teater dimaksudkan tetap dipertontonkan kepada khalayak tanpa melakukan sebarang pengolahan pada 18 dan 19 Mei lalu.- Utusan


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Universiti Mengajar Pelajar Rasis?! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 5 June 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!