Friday, 28 June 2013

UMNO Kura Kura?

Secara umumnya semua sudah mengetahui kisah perlumbaan si arnab dan kura kura. Dalam perlumbaan antara arnab dan kura kura itu keputusannya berpihak kepada kura kura. Kemenangan kura kura sebenarnya di bantu oleh sifat keyakinan diri yg terlalu tinggi oleh si arnab dan sikap yg terlalu merendahkan keupayaan kura kura. Kura kura pula punya sikap yg tidak mahu mengalah, walaupun sedar akan kelebihan arnab namun kura kura tetap mahu mencuba dan semangat kentalnya mampu mengalahkan si arnab.

Namun selepas kekalahan tersebut si arnab telah menyesal dan muhasabah diri dan lebih bersedia dan tidak mahu lagi alpa. Setelah semangatnya pulih maka si arnab sekali lagi mengajak si kura kura berlumba untuk kali yg kedua. Kura kura pula yg baru saja menang dari perlumbaan yg lalu dengan bangga dan sombong menerima cabaran itu. Kura kura berperasaan bahawa kemenangannya yg lalu adalah sebab kehebatannya sendiri. Kura kura lupa bahawa dia menang adalah kerana kealpaan si arnab dlm perlumbaan yg lepas.

Seperti yg dijangka dalam perlumbaan itu arnab telah menang mudah mengalahkan kura kura. Kura kura merasa malu akan kekalahannya itu. Arnab pula yg baru sedar dari kekalahan yg lalu telah bangkit dan bermuhasabah diri dan berlumba dgn penuh fokus dan seterusnya menang ke atas kura kura.

Namun begitu kemenangan perlumbaan tidak bergantung kepada keupayaan yg ada pd diri semata mata. Perlumbaan masih mampu di menangi sekiranya akal fikiran diguna pakai dalam merangka strategi perlumbaan. baca lagi...


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
UMNO Kura Kura? Daeng Selili Rating: 5 Friday, 28 June 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!