Thursday, 27 June 2013

Skandal Babi : Khalid Dan Teresa?!

Isu projek ternakan babi menjadi perhatian pada perbicaraan kes saman Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok terhadap Utusan Malaysia hari ini apabila bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu mendakwa projek bernilai RM100 Juta itu telah diluluskan sejak di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, Peguam Mohana Kumar yang mewakili Utusan dan Ketua Pengarangnya Datuk Zaini Hassan menyanggah kenyataan Teresa apabila menjelaskan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu pada April 2008.


Jawapan balas Mohana itu menyebabkan Teresa akhirnya mengakui Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim telah membincangkan projek tersebut sejurus Pakatan Rakyat (PR) berjaya merampas Negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu.

Dalam pada itu, Teresa juga mengakui berlakunya satu desakan dari pihak Kerajaan Negeri terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim agar membuka kuota sebanyak 10% bagi membenarkan bakal pelajar bukan Bumiputra melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Akan tetapi, beliau menjelaskan usul tersebut tidak berjaya dilaksanakan susulan bantahan keras dari para pelajar UiTM.

Pada perbicaraan kes itu, Teresa turut mengiyakan soalan yang diajukan Peguam Mohana dengan menjelaskan Kerajaan Negeri Selangor turut menyalurkan peruntukan wang dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada masyarakat bukan Islam.

Tindakan tersebut telah mendapat maklum balas negatif daripada umat Islam di Selangor.

Kes ini dibicarakan berikutan tindakan Teresa menfailkan saman terhadap Utusan ekoran laporan yang dikeluarkan akhbar tersebut pada sekitar tahun 2008 yang disifatkannya sebagai fitnah.

Perbicaraan bersambung esok. - Sumber




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Skandal Babi : Khalid Dan Teresa?! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 27 June 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!