Tuesday, 4 June 2013

Produk Aminah Hassan Buatan Cina?!

Luahan hati anak pewaris syarikat Allahyarhamah Hajjah Aminah bt. Hassan.

Saya adalah salah seorang ahli keluarga Alamrhumah Hjh Aminah Hassan pengusaha Aminah Hassan Sdn Bhd. Saya terpanggil untuk memberi penjelasan berhubung pertuduhan jahat ini.

Disini saya melahirkan rasa kesal diatas pertuduhan ini. Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa perusahaan Aminah Hassan adalah milik bangsa cina, malah buat pengetahuan umum setelah kematian Almarhumah Hjh Aminah, kesemua pemegang saham merupakan anak-anak kandung Almarhumah sendiri yang berbangsa Merlayu dan beragama Islam. Jika kurang percaya, saudara boleh check dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Tolong berhenti dari menabur fitnah buruk seperti ini. Bagaimana orang Melayu hendak berjaya jika bangsa sendiri saling fitnah memfitnah. Bangsa lain (yakni pengusaha makanan bangsa lain) tidak pernah menabur fitnah ke atas perusahaan ini malah yang sering dengki adalah bangsa kita sendiri. Sungguh memalukan.

Perkara ini bukan sahaja menjejaskan perniagaan malah mengaibkan orang yang telahpun menghadap ilahi yakni Almarhumah Hjh Aminah sendiri.

SUMBER:
http://suarahatimelayu.blogspot.com/2013/05/produk-aminah-hassan-keluaran-melayu.html

Patutnya sekarang kena tarik balik boikot ke atas produk Aminah Hassan. sama ada korang percaya atau tidak?, terpulang kepada akal waras masing-masing dan Dato' Nadzim dari PPIM sendiri telah mengesahkan perkara ini, Harap maklum.
*jum beli ramai-ramai!!:ehehe
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Produk Aminah Hassan Buatan Cina?! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 4 June 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!