Sunday, 30 June 2013

#PRK Besut : Bakal Belaku Pada Bulan Puasa?

Menurut undang-undang pilihanraya, kekosongan kerusi Besut, ekoran kembalinya Dr A Rahman Mokhtar ke rahmatullah 26 Jun lalu, perlu diisi dalam masa 60 hari.

Justeru, sumber-sumber dalaman memberitahu bahawa tarikh pilihanraya kecil Besut akan jatuh dalam bulan Ramadhan bagi mengelak dari mengganggu sambutan Hari Raya.

Jika benar, maka keputusan untuk mengadakan pilihanraya kecil dalam bulan Ramadhan adalah satu tindakan yang tepat. Ini kerana ia boleh mengelak dari poliking yang keterlaluan serta membataskan aktiviti pihak yang gemar menabur fitnah serta menggunakan kata-kata kesat.

Difahamkan juga pilihanraya kecil ini akan lebih menarik kerana ceramah turut dikurangkan dan sebaliknya kempen akan lebih banyak dilakukan dengan mengedar risalah selain melalui media sosial. Jangkamasa kempen bagi pilihanraya kecil ini ialah tujuh hari.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) 5 Mei lalu, Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi. Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#PRK Besut : Bakal Belaku Pada Bulan Puasa? Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 30 June 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!