Saturday, 29 June 2013

PKR Dan PAS Tidak Sabar Calonkan DUN Besut?!

Dalam Dewan Rakyat semalam, anak Anwar Ibrahim dan juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, si Nurul Izzah telah menegaskan bahawa pilihanraya Kuala Besut tidak boleh diadakan selagi kepimpinan SPR tidak ditukar. Katanya:

“(Pilihan raya kecil) Kuala Besut hanya dilaksanakan bila ada pimpinan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) yang baru dan credible (wibawa). Nak teruskan dengan dakwat yang sama, dengan pimpinan (SPR) yang sama? Pada saya ini tak boleh diterima pakai,”

Namun, siapa yang akan mendengar cakap penipu tegar seperti Nurul Izzah. PRK Kuala Besut tetap akan diadakan dalam masa 60 hari dari tarikh kerusi tersebut dikosongkan tanpa ada pertukaran dalam kepimpinan SPR. 


Justeru, mengambil kata-kata Nurul Izzah di atas, Pakatan Rakyat tidak harus bertanding sebagai menegaskan bantahan terhadap SPR. Jika tidak, ia akan menyerlahkan satu lagi hipokrasi yang paling jelek di pihak PR. 

Jika keturunan Anwar Ibrahim ini waras dan bermaruah, tentu Nurul Izzah akan diam sahaja setelah terkantoi tidak dapat membuktikan berlaku penipuan dalam PRU-13 yang lalu. 

Tahukah Nurul Izzah bahawa cerita PR tentang 40,000 pengundi hantu warga Bangladesh adalah satu penipuan paling bodoh dan kelakar? Mereka ini pula dikatakan datang dengan penerbangan dari Sabah. Bayangkan, tidak mungkin tiada siapa yang dapat mengesan 40,000 Bangladesh tiba dari Sabah? Lebih kelakar lagi apabila tiada seorang pun dari mereka dapat dibawa ke hadapan untuk membuktikan SPR menipu sedangkan Anwar mengaku mempunyai bukti dan butiran terperinci ketibaan mereka di Malaysia. 

Itu belum lagi gambar-gambar dan cerita yang disebarkan mengenai kotak undi yang konon dilarikan, disembunyikan dan dibuang oleh SPR. Ini termasuklah terjatuh dari helikopter yang jatuhnya elok berdiri tersusun rapi di tengah-tengah padang, tanpa koyak dan tanpa terusik. Pun begitu, tiada satu pun kawasan di mana agen PR membuat aduan bilangan pengundi dengan kertas undi tidak sepadan. 

Malah cerita ‘blackout’ juga senyap begitu sahaja sehinggakan himpunan yang dinamakan ‘blackout’ terpaksa ditukar nama kepada ‘black’ di acara kemuncak akibat telah terbukti tiada ‘blackout’. Lihatlah, betapa buruknya sifat mereka yang tetap menuduh berlaku ‘blackout’ walaupun pemimpin DAP, sekutu mereka sendiri telah menafikan ianya berlaku. 

Pengerusi SPR mungkin dipersoal tentang dakwat kekal idaman PR yang tidak kekal dalam beberapa kes, tetapi ini masih tidak membuktikan terjadinya penipuan selagi tiada bukti terjadinya undi dua kali atau tidak dibenarkan mengundi langsung. 

Apakah Nurul Izzah terlalu bengap untuk memahami bahawa Himpunan Black505 telah tidak mendapat sambutan kerana rakyat sudah tahu bahawa PR menipu? Oleh itu atas dasar apa Nurul Izzah ingin mempersoalkan kredibiliti kepimpinan SPR sehingga menafikan peranannya dalam PRK Kuala Besut? 

Sebenarnya, orang yang perlu dipersoalkan kredibilitinya ialah Nurul Izzah dan bapanya serta seluruh pemimpin Pakatan Rakyat. 

Tidakkah Nurul Izzah terfikir, apa jenis orang yang membantah keputusan PRU tetapi menerima jawatan di Dewan Rakyat? Apa jenis manusia yang berhimpun menolak keputusan tetapi terhegeh-hegeh dan tersengeh-sengeh mengangkat sumpah? 

Atau lebih tepat, apa jenis haiwan yang menyuruh haiwan lain merusuh berkhemah dan berguling-guling menentang kerajaan sedang dia sendiri menjamu selera bergelak ketawa dengan pemimpin kerajaan? “Professional and nothing personal”?? – Bullsh*t! 

Dan kali ini pula, orang atau haiwan yang sama menyatakan keengganan untuk menyertai PRK Kuala Besut jika kehendaknya tidak dituruti iaitu Pengerusi SPR tidak meletakkan jawatan. 

Sekali lagi diulang bahawa Pengerusi SPR tidak akan dan tidak perlu meletakkan jawatan hanya kerana beberapa ekor haiwan menipu menyatakan yang beliau menipu. Justeru, sekiranya PR tidak dapat menerima kepimpinan SPR, PR wajib memulaukan PRK ini.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
PKR Dan PAS Tidak Sabar Calonkan DUN Besut?! Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 29 June 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!