Monday, 10 June 2013

Perhatian Kepada Penyokong Barisan Nasional

SURAT TERBUKA KEPADA SEMUA PEMIMPIN-PEMIMPIN BN TERMASUK PERDANA MENTERI DS NAJIB

Kebelakangan ini heboh diperkatakan mengenai Red Bean Army yang didakwa digunakan oleh DAP untuk menyerang dan memburukkan kerajaan dengan tohmahan dan fitnah. Mereka telah berjaya mencipta keraguan dan kebencian di fikiran sesetengah rakyat, terutama kaum Cina, terhadap kerajaan Barisan Nasional. Kesannya, 95% undi kaum Cina telah dimenangi DAP.

Pakatan Rakyat terutamanya DAP telah lama sedar betapa pentingnya peranan media-media siber dalam menyalurkan maklumat dan membentuk persepsi. Ini terbukti dengan kenyataan Lim Guan Eng dalam The Star 31 March 2012 bahawa Pakatan akan "mati katak" tanpa media sosial (link diberikan dibawah).

Tetapi BN tidak memilih pendekatan yang serupa dan hanya menumpukan kepada media-media tradisional ada tanpa menumpukan kepada media-media sosial dan alam siber yang menjadi sumber generasi muda. Berapa ramaikah pemimpin-pemimpin BN yang mengunakan facebook, twitter dan lain-lain secara berkesan untuk mendampingi rakyat dan pengundi?

Ramai pejuang-pejuang BN berjuang secara sukarela di alam siber tanpa rasa penat. Apa yang ada ini sepatutnya digunakan oleh pemimpin-pemimpin BN untuk mengumpul dan juga menyalurkan maklumat untuk menangkis serangan dari pihak lawan. Malangnya secara jujur BN amat ketinggalan dalam perkara ini. Pejuang-pejuang siber BN dibiarkan berjuang secara sendirian. Tidak ada usaha pemimpin-pemimpin BN untuk menghampiri dan menggunakan pejuang-pejuang tersebut untuk kebaikan BN. Malah tidak keterlaluan sekiranya saya katakan bahawa ada pemimpin BN yang tidak tahu pun apa yang sering dibincangkan di alam siber.

Suka atau tidak. media sosial dan alam siber akan menjadi media utama untuk generasi hadapan. Sudah sampai masanya BN mengambil manafaat dari teknologi ini dan tidak membiarkan ia digunakan oleh lawan semata-mata untuk menjatuhkan BN. Satu usaha perlu dibuat untuk mengumpul, menghargai dan melatih pejuang-pejuang siber Umno dan BN secara sistematik dan menyeluruh, agar mereka dapat membantu membina imej yang baik kepada pemimpin-pemimpin BN yang menggunakan khidmat mereka.

Sekiranya betul Red Bean Army telah diwujudkan dan dan dibiayai oleh DAP, mengapa BN tidak boleh mempunyai tentera sibernya sendiri?

http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2012/3/31/north/10940279 
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Perhatian Kepada Penyokong Barisan Nasional Daeng Selili Rating: 5 Monday, 10 June 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!