Saturday, 22 June 2013

PADAN MUKA Husam Kambing Hitam Ditahan Blackout Sangat

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4, Akta Hasutan 1948 berkaitan kenyataannya mengenai 'mati syahid' di Kelantan baru-baru ini.

Penahanan Husam mengikut seksyen itu disahkan polis menerusi kenyataan yang disiarkan di laman Facebook PDRM (Polis Diraja Malaysia), Sabtu.

Kenyataan itu berkata Husam ditahan pada 4 petang ini di Kampung Pandan, Ampang, Selangor.

Husam di dalam laman twitternya sebelum ini memaklumkan beliau ditahan di Ampang oleh polis Bukit Aman dan dibawa ke Balai Polis Ampang.

"Akan dibawa ke Kelantan untuk siasat bawah Akta Hasutan," katanya.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan mengesahkan penahanan Husam dan berkata kes berkenaan dikendalikan oleh Bukit Aman.

Husam seperti dilaporkan dalam Harakahdaily Ahad lalu berkata peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan pembangkang di Padang Merbok di sini Sabtu dianggap sebagai mati syahid.

Kenyataannya itu bertentangan dengan pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang mahu anggota parti mematuhi pendirian dan nasihat Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa tiada paksaan untuk mereka menyertai perhimpunan itu.-BERNAMA




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
PADAN MUKA Husam Kambing Hitam Ditahan Blackout Sangat Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 22 June 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!