Thursday, 20 June 2013

INFO : Cara Semburan Yang Betul!

Ramai wanita mengaplikasikan teknik semburan minyak wangi yang salah. Haruman sebenarnya tidak perlu disembur pada rambut dan keseluruhan tubuh badan.

Bahagian yang perlu diberi keutamaan golongan wanita ialah dada. Lelaki pula digalakkan menyembur wangian pada belakang telinga, belakang betis dan pergelangan tangan.

Satu lagi kesilapan yang sering orang lakukan adalah menggosok pergelangan tangan selepas menyembur minyak wangi. Tindakan ini boleh membuatkan molekul minyak wangi itu pecah sekali gus membuatkan bau haruman hilang lebih pantas daripada jangka masa sebenarnya.

Biarkan ia meresap sendiri ke dalam kulit. Semoga menambah pengetahuan kita semua :)



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
INFO : Cara Semburan Yang Betul! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 20 June 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!