Tuesday, 4 June 2013

Hari Ini Dalam Sejarah

SEKOLAH WAWASAN PERTAMA DI MALAYSIA DIBUKA!

Pada hari ini dalam tahun 2002, Sekolah Wawasan yang pertama di Malaysia iaitu Sekolah Wawasan USJ 15 Subang Jaya, Selangor telah memulakan sesi persekolahan. Pembukaan sesi persekolahan ini melibatkan seramai 335 orang murid daripada tiga buah sekolah. Daripada jumlah itu, 205 orang ialah murid dari Sekolah Kebangsaan Dato Onn Jaafar, 100 orang murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tun Tan Cheng Lock dan 30 orang murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan. Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama. Di bawah konsep ini dua atau tiga buah sekolah rendah yang berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Tujuan utama pengwujudan Sekolah Wawasan ialah untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara. Sehingga kini terdapat lima buah Kompleks Sekolah Wawasan yang beroperasi dengan jayanya termasuk Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya ialah Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak; Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah; Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang dan Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak.

Sumber : Arkib Negara
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Hari Ini Dalam Sejarah Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 4 June 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!