Wednesday, 19 June 2013

Endorgan Dan Anwarinas [Mesti baca]

Walaupun deman pilihanraya umum ke-13 telah berlalu, namun masih ramai yang begitu berminat untuk memperkatakannya.

Ada yang terkejut dengan keputusan yang telah dibuat oleh majoriti rakyat dan tidak kurang juga ada yang ‘gila meroyan’apabila melihat penolakan rakyat yang masih meletakkan harapan kepada parti pemerintah.

Sebagai contoh, lihat sahaja bagaimana ketua pembangkang, Anwar Ibrahim yang masih cuba menagih sisa-sisa simpati dari kalangan pimpinan pakatan pembangkang agar mengambil pendekatan yang selari dengannya agar menolak keputusan pilihanraya yang lalu.

Ibarat ular yang telah kehilangan bisanya, gesaan yang dibuat oleh Anwar itu, gagal mendapat sambutan seperti yang diharapkan.


Bila mana rata-rata pimpinan di Pas dan DAP membuat kenyataan yang bertentangan dengan kehendak ahli parlimen Permatang Pauh itu. Tambah memeranjatkan apabila kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali melalui laman twitter yang secara sinis menyelar tindakan Anwar itu.

Ini kerana, keputusan pilihanraya yang lepas, hanya membuktikan bahawa Anwar bukanlah seorang pemimpin ‘Anugerah Tuhan’ seperti yang didakwa tetapi lebih merupakan ‘Bapa Segala Penipu’.

Sebagai contoh, ekoran sokongan membabi buta yang diberikan oleh Pas kepada Awar telah menyebabkan parti itu mengalami kemerosotan yang ketara.

Malah hasil analisa yang dilakukan, jelas memperlihatkan kemerosotan yang ketara apabila beberapa pemimpin tertinggi Pas tewas kepada calon BN termasuk Timbalan Presidennya Mohamed Sabu di Kedah, Naib Presiden Salahuddin Ayub di Johor, Naib Presiden Datuk Husam Musa di Putrajaya, AJK Kerja Pas Pusat dan Dr Dzulkefli Ahmad di Selangor.

PRU13 menyaksikan PAS kalah 52 kerusi daripada 73 kerusi Parlimen yang ditandingi nya apabila hanya mampu peroleh 21 kerusi Parlimen sahaja. Ia sekali gus memperlihatkan kemerosotannya berbanding pada 2008 apabila parti itu kalah di 43 kerusi daripada 66 kerusi Parlimen ditandingi nya dan berjaya memperoleh 23 kerusi.

Ada yang mengatakan ia disebabkan kerana Pas terlalu mengikut rentak politik rakan di dalam pakatan pembangkang sehingga terpaksa menggadaikan agenda perjuangan Islam yang dipertahankan selama ini.

Namun tidak kurang juga ada yang mengatakan ia adalah sebahagian dari gerak kerja ‘pemutihan’ yang cuba dilakukan oleh kumpulan yang pro-ulama.

Ini kerana ramai melihat kekalahan calon daripada kumpulan ‘Erdogan’ ini adalah kerana faktor ‘Anwarinas’ yang di lihat menjadi parasit di dalam parti itu.

Walaupun masih ramai di kalangan mereka yang dilihat ‘terselamat’ namun pemilihan parti yang dijadualkan pada tahun ini akan menjadi titik penentu kepada nasib kumpulan ini.

Malah kekalahan beberapa pemimpin itu dikatakan telah berjaya melemahkan kelompok ‘Anwarinas’ dan bakal menyaksikan kumpulan pro-ulama kembali menguasai parti setelah melihat hala tuju yang terumbang-ambing akibat pengaruh kelompok terbabit.

Seterusnya peningkatan pengaruh dan sokongan fahaman Syiah yang terpesong daripada Ahli Sunah Wal Jemaah di dalam parti itu juga merupakan antara kegusaran yang melanda kumpulan pro-ulama.

Apa pun keputusannya bersamalah kita tunggu dan saksikan pertembungan antara dua kelompok ini.

Apakah kelompok Endorgan yang dipengaruhi oleh ideology ‘Anwarinas’ dan Islam Liberal kembali berkuasa di dalam Pas atau berjaya disingkirkan oleh kelompok pro-ulama.

Ini kerana keputusan pemilihan parti itu sudah pasti akan mengubah landskap politik negara yang selama ini terkongkong dengan isu-isu berkaitan Anwar. - mykmu.net




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Endorgan Dan Anwarinas [Mesti baca] Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 19 June 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!