Saturday, 22 June 2013

Dimana Pemimpin Mereka Semasa Demonstrasi Blackout 505?

Pagi tadi sehingga petang hari ini ramai penykong yang telah berjaya dihasut hingga sanggup mengadaikan nyawa untuk mengheret anak dan keluarga turun berdemonstrasi di Padang Merbuk, Memang pihak polis tidak melarang dengan keras kerana tahu kali ini bilangan penyokong yang melampau tidak turut sama menyertai demonstrasi kali ini kerana mereka sendiri telah tidak lagi mempercatai Anwar yang asik mempergunakan mereka demi nafsu politiknya!



Aku hari ini selsema mungkin akibat perubahan cuaca dan udara jerebu yang melanda Malaysia. Dalam keadaan ini aku yakin para penyokong yang menyertai demo hari ini mungkin akan mengalami nasib yang sama macam aku sungguhpun aku tidak keluar berdemo pun kesihatan boleh terjejas..

Bagaimana mereka-mereka yang berhimpun disana? Anwar jika benar beliau masih memikirkan kepentingan dan hak asasi seorang manusia, Beliau sewajarnya menyuruh penyokongnya tidak keluar rumah dan jangan merisikokan mereka berhimpun di sana!


Aku pelik, dorang tak nampakkah mereka sedang dipergunakan? Mana kit siam?mana ambiga?mana Lim Guan Eng?




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Dimana Pemimpin Mereka Semasa Demonstrasi Blackout 505? Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 22 June 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!