Thursday, 27 June 2013

DAP Bapak Samseng?!


Jenice Lee yang lantang mengkritik DAP sekali lagi mengulangi kritikannya di Facebook miliknya. Beliau bertanya, “jika sebuah organisasi tidak mengikut undang-undang ia adalah sebuah kumpulan samseng. Bagaimana sebuah kumpulan samseng boleh memimpin masyarakat? Anda tidak boleh mengharapkan semua orang bersetuju dengan anda. Dan ia adalah salah untuk mengsabotaj usaha orang lain hanya kerana orang itu tidak bersetuju dengan anda. Sila baca perlembagaan untuk memastikan permainan yang adil. Bukahkah itu yang kita perjuangkan sepanjang 40 tahun ini?”

Status Jenice mendapat sokongan rakan-rakan Facebooknya yang turut bersetuju bahawa DAP bersikap samseng.

Krisis antara Jenice Lee yang merupakan bekas ADUN Teratai semakin buruk selepas PRU-13.Beberapa hari lepas, Jenice yang muncul tanpa di undang di Mesyuarat Agong DAP Pandan telah membawa bersamanya 11 lagi ahli yang telah dipecat dari DAP. Mereka kemudiannya dihalang oleh pihak penganjur dari menghadiri mesyuarat tersebut yang diadakan di sebuah Restoran Makanan Laut.

Bagaimanapun, sekurang-kurangnya 500 orang yang turut berada di situ telah bersorak memberi sokongan kepada Jenice sambil mengejek Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok dan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua. Turut dikecam oleh orang ramai ialah ADUN Kampung Tunku Lau Weng San dan ADUN Teratai yang baru iaitu Tiew Wey Keng.

Jenice telah dipecat oleh DAP dalam satu pertikaian yang menyaksikan tuduh menuduh mengenai wang dana yang dikatakan tidak menepati jumlah sepatutnya. Jenice menepis tuduhan tersebut serta mencabar DAP membuktikannya. Bagaimanapun, DAP mengambil sikap tidak mempedulikan cabaran Jenice yang mana mengukuhkan persepsi ramai bahawa DAP telah bersikap tidak adil terhadap Jenice.

Sebelum ini Jenice merupakan antara yang paling lantang mengkritik DAP termasuk dalam soal sikap tidak professional parti itu yang gemar membuat keputusan berat sebelah atau pilih kasih.

Sebagai pemerhati, kita puji semangat Jenice untuk membuktikan dirinya tidak bersalah dan juga keberaniannya mengkritik parti yang menjadi tonggak semangat Cina itu.

Namun, segala apa yang dilakukan Jenice tetap menimbulkan tandatanya kerana beliau nampaknya masih berharap untuk terus bersama DAP. Jenice terus mencabar pemecatannya sebagai tidak sah dan bertegas bahawa beliau layak hadir ke mesyuarat DAP.

Kita tidak faham apakah alasan Jenice untuk memperjuangkan keahliannya dalam parti yang diakuinya diteraju oleh para samseng yang korup lagi tidak adil itu. Kenapakah Jenice masih ingin membantu sekumpulan samseng untuk merebut pemerintahan negara?

Nampaknya Jenice lebih rela negara diterajui sekumpulan samseng daripada sebuah kerajaan BN yang lebih adil dan bertimbangrasa. Soalnya kenapa?

Adakah kerana Jenice lebih rela diperintah oleh kumpulan samseng asalkan mereka berbangsa Cina? 

Kadang kala tidak leh dijangka spesis mata sepet tak sepet nie zaman nie.....

sumber
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
DAP Bapak Samseng?! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 27 June 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!