Sunday, 9 June 2013

Dajal Lebuhraya Kelantan

Isteri jurutera mendakwa video yang dimuatnaik di Youtube mengenai perkembangan Lebuhraya Rakyat juga satu penipuan. Katanya suaminya yang terlibat dengan projek berkenaan tidak dibayar gaji.

"Terima kasih datuk akhirnya menulis juga tentang ini... sy baca satu persatu komen kat sini, semuanya menulis tanpa pengentahuan dan menulis berpaksikan emosi serta fahaman anutan politik masing2, tp sy tak salahkan mrk sebab mrk disogokkan dgn berita dr akhbar dan sumer parti. Tp sy yg suami terlibat 100% dlm projek ini lah yg tanggung semua keperitan. Anda boleh ulas semua...tp suami sy tidak dpt gaji sejak bulan januari hingga sekarang (6/6/2013).. Apa reaksi anda kalau kerja tanpa gaji..atau anda akan kata tak apaa, kirai itu sedekah utk kerajaan Islam...dpt phala? Apa kereta,rumah api air perbelanjaan lain tak perlu bayar????? Nasib baik sy bergaji, sy lah isteri yg tanggung semua perbelanjaan hidup selama hampir setengah tahun ini! Suami sy bekerja dgn Jurutera Perunding Zaki yg diberi tugas membuat projek lebuhraya ini..

Video itu banyak yg tak betul! Mamat yg bercakap mula2 yg ditulis nama mohamad zaki bin mat tu bukan nama sebenarnya...nama dia ialah suzailiman dan bukan berjawatan projek team maneger tetapi hanya PR aitu tukang karut tok joro datuk husam! Suami sy ada dlm video itu iaitu senior engineer tu ... dia lah yg hari hari berulang alik dr KB ke Bukit Bakar hampir 2 buan utk siapkan tapak projek utk lawatan tok guru...tp hingga ke akhir tok guru tak sempat melawat tapak itu. Berapa banyak duit minyak habis ke sana hari2 selama 2 bulan tp sesen pun tak dpt cllaim lagi termasuk gaji!

Anda semua boleh komen sbb anda tidak terlibat dan sedikit pengentahuan anda. tp kami yg terlibat sudah cukup menderita tanpa gaji. Projek ini adalah projek pribadi Datuk Husam shj ! Ketepikanlah soal protokol, soal anutan politik, tp bersimpatilah kepada pekerja2 yg tak bergaji!" - MrsNor Wahid via Tukar Kelantan
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Dajal Lebuhraya Kelantan Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 9 June 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!