Tuesday, 25 June 2013

Blackout 505 : Setuju Dengan Tindakkan Polis!!



‘Black’ atau hitam selalunya merujuk kepada benda-benda gelap, jahat atau terlarang. Misalnya, ‘ilmu hitam’ atau ‘sejarah hitam’ iaitu perkara-perkara buruk dan tidak baik. Hati yang hitam juga membawa makna hati busuk atau jahat. Hitam juga bererti kemusnahan.

Oleh itu, keputusan Anwar memilih perkataan ‘hitam’ untuk berhimpun, dengan sendirinya menggambarkan niatnya yang jahat. Dan kali ini, niatnya itu diiringi oleh alam semesta yang turut kelam diselubungi jerebu yang teruk. Bagaikan bukan kebetulan apabila jerebu yang melanda setiap tahun ini, merupakan yang terburuk dalam sejarah. Mungkin jerebu ini sengaja diturunkan Allah SWT bagi menyelimut puak-puak PR yang bergelimpangan tidur di Padang Merbok.

Dalam mereka bergelimpangan tidur, tidak semena-mena dikejutkan oleh DBKL pada jam 4.00 pagi. Dari situ dalam keadaan tidak terurus, busuk tak mandi pagi dan entah di mana mereka membuang air, mereka berjalan menuju ke Parlimen pula untuk berbaring secara berbaris di jalanraya sambil berasak lelaki perempuan.

Semua ini mereka lakukan konon demi membantah keputusan PRU-13, walaupun mereka tahu pada ketika yang sama, Anwar sudah pun siap bersongkok dan bersamping bersedia untuk mengangkat sumpah menerima dan memikul jawatan yang diperolehinya dari PRU yang sama.

Tidak cukup dengan berbaring, mereka juga cuba merempuh masuk ke Parlimen. Tidak tahu apa yang mereka harap dapat dicapai jika dapat masuk ke dalam parlimen.

Kita tahu yang Anwar tidak mungkin akan membiarkan mereka menghalangnya mengangkat sumpah kerana beliau masih ingin menjadi Ketua Pembangkang. Justeru, apa yang mereka bercadang lakukan di dalam parlimen? Sekadar menjerit-jerit, terkinja-kinja dan terlompat-lompat seperti kera untuk menghalang parlimen dari bersidang?

Lepas itu apa? Tidak mungkin kerajaan boleh ditumbangkan dengan beberapa puluh atau ratus orang terjerit-jerit begitu? Tidak lain tidak bukan, ke lokap lah sahaja sudahnya. Dan lepas itu apa pula?

Tindakan pihak polis mengangkut mereka ke lokap memanglah wajar, tetapi adalah lebih baik jika mereka ini diangkut oleh DBKL ke dalam lori sampah. Sesungguhnya, itulah tempat yang paling sesuai bagi manusia seperti mereka.
Sepertimana tema yang mereka pilih, iaitu hitam, begitulah juga jiwa dan minda mereka yang hitam dan tidak boleh diselamatkan lagi. Mereka ini adalah golongan yang tidak punya hala tuju dalam hidup, tenggelam dalam penipuan sendiri, tidak berguna dan tidak membawa apa-apa kebaikan kepada masyarakat mahupun alam semesta. Bagai sampah, hidup mereka hanya mengotorkan kawasan dan mengganggu masyarakat.

Seharusnya mereka tahu bahawa angkat sumpah Anwar merupakan petanda kekalahan yang jelas, manakala kata-kata Anwar bahawa beliau tidak akan mengadakan himpunan lagi selepas ini merupakan kenyataan mengaku kalah yang rasmi.

Dengan pengakuan kalah Anwar, seharusnya sampah-sampah tadi sudah pulang ke rumah masing-masing. Tetapi, hakikat bahawa mereka masih di situ mengganggu dan mengotorkan kawasan membuktikan bahawa mereka adalah jenis sampah yang tidak boleh dikitar semula. Kewujudan mereka di dunia ini tidak membawa apa-apa makna selain menyusahkan pihak polis, DBKL dan seluruh masyarakat.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Blackout 505 : Setuju Dengan Tindakkan Polis!! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 25 June 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!