Sunday, 23 June 2013

Berjuang Bersama Saya - Ali Rustam

Siapa yang tidak kenal dengan DAtuk Seri Ali Rustam? Lihat bagaimana Melaka dibangunkannya. Pernah saya terjumpa beliau di kedai mamak sebelah MPC jam hampir 12 malam masih beruniform pejabat lengkap dengan "name tag". Ini pemimipin komited!

Sudah tentu saya mengambil kesempatan untuk bersalam dan bertanya khabar. Walau pun saya anak Johor..namun beliau sentiasa dekat di hati saya dan ramai orang.

Sebenarnya beliau tidak pernah kalah di dalam perjuangan, namun barisan perjuangan dari kalangan Bukan UMNO yang nampaknya memboikot beliau. Kalau masih ingat sejak dulu lagi ketika pilihanraya akan sentiasa ada perbalahan dalaman dari kalangan MCA..sehingga pernah Tun Musa mencadangkan MCA kena selesaikan kemelut di luar BN...apa maksud Tun pada ketika itu. 

MCA yang kerap mempertikai tentang kononnya UMNO ingin menjadi Abang kepada semua..dan dalam soal hal Islam pun kadang-kadang umum mengetahui apa yang disentuh oleh mereka. Pada 2013, dan setelahkalah juga seperti 2008, MCA boikot kabinet dengan alasan mengambil tanggung-jawab! Kenakah tindakan begitu? Adakah DAP marah dengan tindakan sedemikian rupa? Adakah kerja-kerja manupulator seperti RBA menjadi payah? 


Persoalannya, dengan kekalutan yang ada..bilakah masa MCA hendak memujuk pengundinya untuk menyokong kerajaan? Mereka sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik! Dan tidak juga membantu BN. Tindakan sedemikianlah yang menyebabkan di kawasan manjoriti Cina..pemimpin BN akan tewas.

Pengajaran besar pada PRU13..Tokoh Melayu besar tumbang akibat boikot dari rangkaian organisasi kaum Cina. Lihat saja Mantan MB Johor..dan Datuk Seri sendiri! Melayu kena belajar dari insiden ini. Melayu kena berwaspada dan jangan terlalu mudah meleraikan integriti kita untuk membantu orang lain.


Mencapai kemajuan tidak semestinya mengorbankan integriti. Kita mahu terus berkuasa dan berintegriti sekali gus. Paling mudah mengekalkan kuasa dengan menggadai integriti..banyak bangsa yang hilang kehebatan pernah berbuat demikian...mari kita rujuk sejarah. Quran pun menceritakan bagaimana Allah menghancurkan sesebuah negara denga asbab kehilangan integriti pemimpin dan rakyatnya. : http://sayangmalaysia-sysalq.blogspot.com/




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Berjuang Bersama Saya - Ali Rustam Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 23 June 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!