Thursday, 20 June 2013

Bangunan Runtuh Salah Anwar?! [video]

Saksikan video bagaimana runtuhan menara tersebut!





Pembangkang sekali lagi dilihat cuba memperbodoh dan memerangkap Anwar Ibrahim dengan laporan di bawah....Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hanya ketawa apabila cuba dikaitkan dengan insiden runtuhan di Menara Umno Pulau Pinang...

Ditanya tentang kenyataan pengerusi Umno negeri Zainal Abidin Osman berhubung perkara itu semalam, Anwar berkata seperti selalu, beliau akan dipersalahkan. 
"Tak apa, buatlah siasatan. Ini salah Anwarlah. Biasalah. Itu salah Anwar.

"Bangunan runtuh salah Anwar. Nanti esok pemilihan dalam Umno (pun) salah Anwar," sindir Anwar. 

Zainal Abidin semalam berkata, Anwar merupakan orang paling layak untuk menjawab soalan berkaitan Menara Umno negeri yang didakwa dibina sebelum pelannya dihantar.
Zainal berkata, Anwar ketika itu timbalan perdana menteri dan pengerusi Umno Pulau Pinang dan mereka tidak mempunyai sebarang jawatan pada masa itu. 
Anda nampakkah putar belit portal propembangkang itu?

Jika kita rujuk laporan di atas, ada dua perkara berbeza yang perlu kita tahu :

1. Anwar ketawa apabila cuba dikaitkan dengan insiden runtuhan di Menara Umno Pulau Pinang dan berkata 'bangunan runtuh pun salah beliau'.

2. Padahal, kenyataan Pengerusi UMNO negeri, Zainal Abidin Osman tidak mengaitkan 'Anwar dengan insiden bangunan runtuh' tetapi 'soalan berkaitan Menara Umno negeri yang didakwa dibina sebelum pelannya dihantar' Nampak sangat bahawa portal SorosKini MalaysiaKini telah tersilap besar (atau sengaja silap lapor?) menanyakan soalan yang salah kepada Anwar Ibrahim.

Dan soalan yang sepatut ditanya oleh portal propembangkang itu ialah ;
Apakah Anwar Ibrahim tahu menahu dengan dakwaan Ng Wei Aik DAP bahawa Menara UMNO dibina sebelum pelannya dihantar memandangkan beliau merupakan Pengerusi UMNO negeri Pulau Pinang ketika itu?

Tetapi tidak. Malah, soalan pun silap, jawapannya sudah tentu tidak kena dengan isu sebenarnya. Dan MiM yakin portal itu tidak akan berani menanyakan soalan ini kepada Anwar!

Kita juga faham kekalutan portal tersebut kerana pihak yang mempertikaikan proses pembinaan Menara UMNO itu ialah Ng Wei Aik, ahli politik DAP yang terkenal dengan sikap rasis beliau. 

Takkan portal pro-pembangkang itu mahu melagakan Anwar dengan Ng Wei Aik. Walaubagaimana pun, portal itu telah terperangkap dalam permainan mereka sendiri. Memalukan. Baca Lagi...


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Bangunan Runtuh Salah Anwar?! [video] Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 20 June 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!