Tuesday, 4 June 2013

Anwar Memang Sah Gila?!

Persoalan yang harus kita renungkan, fikirkan dan mencari jawapan serta merungkaikan kebenaran berdaksarkan kepada bukti, fakta dan realiti!!!!!!

Kalau Kes seperti liwat dan kes-kes skandal yang membabitkan keperibadian adalah terlalu sabjektif untuk kita membuktikan dan kalau kita tidak berhati-hati kita boleh sama-sama terjerumus ke dalam lembah fitnah sekiranya perkara itu tidak benar, yang mana amat dilarang keras oleh Islam…

Tetapi persoalan-persoalan yang dinyatakan di bawah ini adalah persoalan yang boleh disertakan dengan fakta dan realiti kejadian berdasarkan kepada sejarah hidup dan pelaksanaan yang telah dilakukan dan sedang dilakukan yang mana segala perbuatan itu adalah yang jelas dan nyata kalau dikaji dengan menggunakan akal yang waras dan fikiran yang rasional.

1.Mengapa Anwar mesti menubuhkan PKR sedangkan PAS dan lain-lain parti pembangkang sudah ada. Atau Anwar memang dengan perangainya semenjak dari Universiti Malaya lagi iaitu dia mesti hendak menjadi pemimpin no. 1 serta beliau sendiri yang memegang jawatan Ketua Umum tanpa dipilih secara demokrasi oleh Ahli-ahli PKR?????

2.PAS dan DAP pernah bekerjasama dalam pilihanraya sebelumnya atas nama Angkatan Perpaduan Ummah (APU) namun berpecah kerana agenda berlainan. Kini, PAS dan DAP kembali bersama PKR dalam Pakatan Rakyat untuk PRU-12 dan PRU 13 namun kini permasalahan dalaman mereka semakin kritikal dan meruncing akibat daripada perebutan jawatan-jawatan setelah beberapa negeri mereka berjaya menubuhkan kerajaan.

3.Anwar pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Apakah harga minyak dan harga barang turun sepanjang tempoh tersebut beliau menjawat kedua-dua jawatan tersebut?

4.Semasa menjawat jawatan Menteri Kewangan bukankah beliau merupakan orang yang paling beriya-iya untuk membawa masuk IMF ke dalam negara dan meminta kerajaan untuk meminjam dari IMF sehingga Yang Berbahagia Tun Mahathir terpaksa menghalang perancangan itu dengan memaksa bank-bank komersial bergabung sehingga menjadikan 5 bank anchor.

5.Semasa negara menghadapi krisis matawang siapakah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan…Bukankah semasa itu beliau juga memangku jawatan Perdana Menteri kerana Yang Berbahagia Tun Mahathir sedang bercuti selama 3 bulan di luar negara…

Marilah kita sama-sama renung-renungkan dan fikir-fikirkan serta mencari jawapan secara bersama dan kolektif untuk mendapatkan kebenaran yang hak dan mengenali individu yang bernama Anwar Ibrahim ini. - sumber
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Anwar Memang Sah Gila?! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 4 June 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!