Saturday, 15 June 2013

Anwar Hilang Punca Kini Menjengkelkan!!



Hasrat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba untuk mendapatkan simpati serta sokongan rakyat dengan mengajak Ahli Parlimen pembangkang memboikot majlis angkat sumpat Dewan Rakyat pada 24 Jun nanti, akhirnya memakan diri.

Pengumuman dan keputusan pemimpin DAP dan Pas untuk hadir pada majlis berkenaan dan tidak menyertai perancangan Anwar memberi tamparan kepada bakal Ketua Pembangkang itu, apabila tidak mendapat sokongan.


Keadaan bertambah parah, apabila anak emasnya, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menyatakan bahawa dia bersama dengan beberapa Ahli Parlimen PKR lain akan hadir pada majlis itu untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat.

Pensyarah dan Penganalisa politik, Prof Datuk Dr Abdul Razak Omar berkata apa yang cuba dilkukan oleh Anwar itu hanyalah untuk mendapat perhatian, dan berkeyakinan bahawa Anwar akan hadir untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

“Seperti ketahui umum, Anwar mempunyai pelbagai muslihat untuk mendapat simpati atau sokongan daripada orang ramai, kegagalan menawan Putrajaya pada pilihan raya lalu telah memberi kesan bukan sahaja kepada pembangkang malah kepada dirinya sendiri.

“Pelbagai usaha cuba dilakukan olehnya, termasuk menuduh adanya berlaku penipuan serta mengadakan perhimpunan bagi membantah keputusan pilihan raya ke seluruh negara namun, sambutannya tidak begitu mengalakkan daripada orang ramai.

“Walaupun pihaknya menyatakan kehadiran melebihi 100 ribu pada perhimpunan yang diadakan di Kelana Jaya, namun dianggap gagal kerana ramai pemimpim pembangkang yang tidak bersetuju dengan perhimpunan itu diadakan,” katanya.

Menurutnya, bagi memastikan dirinya terus diingati, Anwar akan membuat apa sahaja untuk menarik perhatian dan pada persidangan Dewan Rakyat nanti sudah pasti dia akan memastikan dirinya terus mendapat perhatian masyarakat.

“Persidangan Dewan Rakyat akan digunakan oleh pembangkang untuk menyerang dan mencari kesilapan kerajaan seperti mana yang dilakukan sebelum ini, sudah pasti dengan pertambahan Ahli Parlimen pembangkang pada persidangan kali ini, pembangkang mempunyai pelbagai strategi terutamanya Anwar,” katanya. 



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Anwar Hilang Punca Kini Menjengkelkan!! Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 15 June 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!