Thursday, 20 June 2013

Angkat Sumpah Blackout!

Seperti yang dijangka, Anwar akhirnya mengesahkan bahawa 89 orang Ahli Parlimen Pakatan Haram yang menang pada PRU ke-13 yang lalu akan hadir ke majlis angkat sumpah di Dewan Rakyat pada 24 Jun ini.

Selain itu, dengan kehadiran Anwar di Dewan Rakyat pada majlis angkat sumpah berkenaan, dijangka Anwar juga akan dilantik semula sebagai Ketua Pembangkang. Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini mengesahkan bahawa DAP memilih Anwar untuk jawatan tersebut.

“Dengan semangat demokrasi berparlimen, kami membuat keputusan untuk menghadiri hari pertama sidang Parlimen,” – Anwar Ibrahim, 19 Jun 2013.

Dengan pengesahan dari “manusia lidah bercabang” itu juga, maka ia sekaligus menunjukkan bahawa tiada sebarang penipuan berlaku pada PRU ke-13 tempohari sebagaimana yang didakwa.

Bukan apa, kalau benar Anwar dan konco-konconya yakin bahawa ada penipuan pada PRU ke-13 tempohari, maka mereka sudah tentu tidak akan menerima kemenangan di kerusi Parlimen masing-masing dan sama sekali tidak akan angkat sumpah di Dewan Rakyat.

Saya cuma tertanya-tanya, saya tak tahu berapa inci tebalnya kulit Anwar Ibrahim untuk mengangkat sumpah di depan DYMM Yang DiPertuan Agong di Parlimen nanti?

Setahu saya, idea untuk memboikot majlis angkat sumpah itu dicetuskan oleh PKR ekoran tidak berpuas hati dengan kekalahan teruk mereka pada PRU yang lalu. Marah punya pasal, mereka tuduh PRU ke-13 dipenuhi dengan penipuan dan bercadang untuk memboikot majlis angkat sumpah itu. baca lagi....




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Angkat Sumpah Blackout! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 20 June 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!