Thursday, 30 May 2013

@ZambryAbdKadir : Minta Perhatian!!!

Pada PRU13 yang lepas majoriti masyarakat kampung dihuni orang melayu hampir 80-90% melayu menyokong pentadbiran Barisan Nasional di Malaysia termasuk Perak yang ngam-ngam tu akibat tsunami bangsa asing kononnya! 

Pada 2008 banyak mulut-mulut longkang diatas menuduh ahli BN memboikot calon yang dicadangkan oleh kepimpinan bahagian. padahal itu satu tuduhan yang agak melampau sedangkan suara akar umbi sayup dikejauhan! Dah calon berkudis gengam tak tiris memang meluat la nengoknya apatah lagi mengundi mereka!



Hari ini tabiat gengam tak tiris kembali bermaharaja lela di Perak. So minta perhatian pihak YB Zambry untuk meneliti semua baik buruk keadaan sekarang...krik krik krikk...

Satu cadangan terbuka kepada YB Zambry, Kalau rasa mende KR1M dalam proses atau apa2 alasan tu lantak YB la...Teman cadangkan KR1M dilaksanakan dipelusuk kampung di seluruh Perak!Jangan tertumpu dikawasan pekan atau spot untung semata-mata. Teman sedikit bengkek berkenaan harga barangan di seveneleben yang mentekedarah harga barang dengan beza ada yang hampir RM1.20!!Kawasan kampung je pun...dah takde pilihan...kedai runcit biasa tengok pada taukey DAP ikut suka dia nak bukak bila.

KR1M di Manjoi contohnya sesuatu yang boleh dikatakan melukut ditepi gantang, dah la dalam manjoi ada macam-macam pasaraya, tengah pekan tu biar pasaraya besar jelah..setidaknya jika meydin tu bukak buat pe KR1M celah2 tu?Tambah lagi BAPAK Meydin beso bukak dekat Meru Raya...

Kesian orang kampung...

Orang tanya aku asal tak tulis surat? Kalau aku tulis surat korang dan dorang tengah baca tak apa yang aku tulis ini?!

Info KR1M:
Konsep KR1M adalah untuk menjual barangan keperluan pada harga sehingga 50% lebih rendah berbanding barang sama yang berjenama, namun kualiti tetap diutamakan.

Tanda niaga‘Kedai Rakyat 1 Malaysia’ serta jenama produk‘1 Malaysia Kedai Rakyat’ telah didaftarkan sebagai Hak Milik Kerajaan.

SYARAT PENYERTAAN

Mana-mana syarikat / koperasi / individu yang ingin menjalankan operasi KR1M adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut:

Pendaftaran Perniagaan
Perniagaan perlu didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Pemilikan Perniagaan
- Syarikat / Koperasi / Enterpris adalah 100% ekuiti / saham /milik warga negara Malaysia.

Modal
Keperluan modal minima adalah dalam bentuk tunai atau  bank guarantee atau debentur atau lain-lain instrumen kewangan seperti berikut:

Saiz Premis
(kaki persegi)
Modal
(RM)
1,500
460,000
3,500
650,000


Penentuan Lokasi

Penentuan lokasi serta keluasan premis KR1M akan dimuktamadkan oleh Kerajaan.

SYARAT OPERASI

1. Pengusaha bertanggungjawab sepenuhnya ke atas operasi perniagaan termasuk menanggung segala kos/caj berkaitan pengendalian KR1M seperti bayaran utiliti, cukai, lesen, gaji pekerja, sewa kedai dan lain-lain.
2. Perlu menjual kesemua produk 1Malaysia Kedai Rakyat pada setiap masa beserta dengan barang keperluan harian yang ditetapkan.
3. Harga jualan produk di KR1M mengikut harga yang ditetapkan.
4. Menggunakan sistem Point Of Sale (POS) yang ditetapkan.
5. Mempunyai talian internet untuk pengendalian P.O.S.
6. Susunatur (layout & planogram) mengikut garis panduan yang ditetapkan seperti di Lampiran 1.
7. Mempamerkan papan tanda mengikut spesifikasi KR1M seperti di Lampiran 2.
8. Menggunakan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
9. Waktu operasi perniagaan adalah bermula dari pukul 7.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari.
10. Mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari masa ke semasa.
11. Kesediaan untuk beroperasi di mana-mana lokasi yang ditetapkan oleh Kerajaan.


PERMOHONAN

Surat makluman keputusan kepada pemohon akan dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari selepas keputusan dibuat oleh Jawatankuasa.

Pemohon yang berjaya akan diberi taklimat mengenai syarat-syarat operasi dan perlu menandatangani Surat Akujanji / Perjanjian.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
@ZambryAbdKadir : Minta Perhatian!!! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 30 May 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!