Tuesday, 7 May 2013

Zambry Sah MB Perak


ADUN Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebentar tadi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak Ke-12 di Istana Iskandariah, dekat Kuala Kangsar di hadapan Pemangku Raja Perak, 
Raja Dr Nazrin Shah.

Pelantikan itu sejurus kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Ahad lalu.
Zambry dilantik untuk penggal kedua berturut-turut selepas buat kali pertama memegang jawatan itu pada tanggal 6 Februari 2009 selepas mengambil alih pentadbiran negeri daripada Pakatan Rakyat (PR). - Peraktoday



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Zambry Sah MB Perak Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 7 May 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!