Friday, 31 May 2013

UMNO Parti Tunggal?!

Peristiwa orang orang Malaysia berdemonstrasi di Singapore (Blackout 505) di tangkap....

Amat baik sekali tindakan Kerajaan Singapore. Cina Malaysia ingat Singapore akan biarkan mereka berdemonstrasi kerana mereka Cina.
Tetapi Singapore ada lah "no nonsense state." Bukan saperti Malaysia.
Enough of this nonsense in Malaysia! Get down to serious business. And discipline the bad elements and the clowns in society. Jail them!

Semenjak Tun M tidak lagi jadi PM pada Okt 2003, segolongan aktivis mengambil kesempatan memekik kesana sini, mulanya berkenaan human rights, transparency, liberalism, equality, transparency, freedom of the press, freedom for LBGT, kemudian nya selepas 2008, bertambah ramai meroyan sama menambah tuduhan, menuduh UMNO rasis, bahawa berbagai institusi negara yang di tadbir kebanyakkan olih bangsa Melayu dichop sebagai tidak adil, korup atau tidak cekap.

Apabila berjuang memajukan bangsa Melayu di gelar assabiyah (kebangsaan) olih PAS, yang memberi kesempatan kepada DAP menterjemahkann ya sebagai rasis, pelajar pelajar Melayu saperti Adam pun gila nak berpolitik bukan nak belajar. Kelas menengah Melayu yang semua nya adalah hasil perjuangan UMNO dan dasar-dasar atas initiatif UMNO turut mencemuh UMNO; dan pengkhianatan terbesar sekali, bekas pemimpin UMNO, Ketua Badut Politik, kata Tun Daim. Memberi muka pada yang bukan Melayu dan Melayu yang bertopengkan agama, bergabung untuk menggulingkan Kerajaan yang selama ini TERASNYA MELAYU...!

Kebencian terhadap UMNO di tanam merata rata sehingga ke surau dan masjid,jabatan jabatan dan sekolah sekolah. Paling dahsyat, di Putrajaya pun..!

Semua nya tak sedar diri, keselesaan ,kemewahan yang mereka capai, kemajuan negara dalam berbagai bidang , keamanan dan keharmonian selama ini, ada lah hasil UMNO semenjak 1946...!

Dari mendapatkan kemerdekaan hinggalah ke pengisian kemerdekaan.
BN dengan UMNO sebagai teras nya terus melaksana 40,000 projek besar dan kecil kerajaan setiap tahun untuk memajukan rakyat, melalui 1.3 juta pekerja awam memberi khidmat. Sektor swasta Malaysia berkembang pesat,dengan 800,000 syarikat memberi pekerjaan kepada lebih 11 juta orang, ada bertaraf syarikat antarabangsa.

Negeri dah maju, kemiskinan tegar hampir pupus di kalangan rakyat, letrik, air, jalan, TV, radio, komputer dan telephone bimbit, motorsikal dan kereta sampai ke kampung kampung, SENANG SENANG NAK AMBIL ALIH ..!!

Tak payah susah susah berbuat apa apa, dah maju, ambil !

Lepas itu berkokok rezab bertambah. Tentulah!! kalau segala aset negeri selama ini dijual, perbelanjaan untuk kesejahteraan rakyat, di kedekutkan !

Yang terbaru, ada pula yang mencadangkan tak perlu lagi ada UMNO. Semua masuk BN satu saja, nak membuang imej "RASIS" UMNO kononnya. Nak tarik undi di PRU14.
BUAT APA ITU SEMUA.. ITU MENGIKUT RENTAK ORANG DAN PARTI PARTI YANG KALAH..!!

Cadangan itu asalnya datang dari parti parti komponen BN yang hampir pupus semenjak 2008, kerana bangsa Cina dah tolak parti parti tersebut kerana dosa berkerjasama dengan UMNO.

APA HAL PULAK UMNO MESTI DIKORBANKAN???

APA ADA PADA MELAYU SEKARANG MELAINKAN UMNO..??

Persekutuan Tanah Melayu dah jadi Malaya / Malaysia. Bahasa pun dah jadi Bahasa Malaysia. Budaya Melayu dah dikatakan Budaya Nasional, bukan budaya Melayu, hanya untuk menarik bukan Melayu mengikutnya. Sekolah Melayu jadi sekolah Nasional atau kebangsaan. Generasi muda Melayu dah disuruh mengaku "I am a Malaysian". Kolot, tak cool, rasis, kalau mengaku "Saya Melayu".

Semua nya nak di nasionalkan atau di kebangsaankan.
Jijik sangat ke dengan perkatan "Melayu" dan "Bangsa Melayu" dan "Pertubuhan Melayu" ?

Peliknya, Utusan Melayu di tukar ke Utusan Malaysia pun, masih tak menarik bukan Melayu melanggannya. Melayu yang tak nak mengaku Melayu pun pulaukan akhbar tersebut. "Kami nak Islam, bukan nak Melayu" kononnya...! Kalau ubah nama lagi ke "Utusan Islam", belum tentu laris. Islam PAS bukan macam Islam UMNO .

Kalau ikut sangat rentak musuh Melayu yang bertopeng di bawah berbagai Pertubuhan dan gerakan, satu hari "ABU" pun akan jadi "ABOM" - "Asal Bukan Orang Melayu" !

Berani tak..? sepakat tak..? 3juta ahli UMNO berfikir dalam dalam dan bangun mengatakan "Langkah mayat kami dahulu sebelum UMNO di ketepikan dan hanya ada satu parti, BN!" ?

Janganlah masalah bangsa lain yg ditolak pengundi, MELAYU dan UMNO pulak dikorbankan!

Parti parti bumiputra di Sabah dan Sarawak pun belum tentu nak korbankan parti parti mereka bagi BN satu saja .

Di Semenanjung pun, PAS belum tentu nak korbankan PAS untuk ujud Pakatan Rakyat saja lawan BN.

Formula sekarang dah cantik. Setiap kaum ada partinya memperjuangkan kaumnya setiap hari, setiap minggu, bulan dan tahun, tapi bertanding atas nama BN 5 tahun sekali.

Biar Melayu hidup dan berjaya atas nama "Melayu". Banggalah jadi Melayu. Masa pilihanraya, jadi BN seketika.

Bolehkah kita "reverse gear" kalau UMNO dah diketepikan, semasa nak bertanding PRU 14? hanya ada BN, tapi majoriti kerusi di menangi DAP, PKR, PAS juga?
Nak hidupkan balik UMNO masa itu ?

Kalau satu hari Melayu dah segan digelar bangsa nya Melayu, Pertubuhannya nak di ganti dengan nama lain, kalau jenama bangsa nak digadai, wajarlah bangsa tersebut hilang didunia !

Atau adakah generasi dan kumpulan saya yang masih bangga jadi Melayu, yang memajukan bangsa atas asas kebangsaan dan agama atas asas Islam? atau telah menjadi minoriti dan ketinggalan zaman?

Kami golongan berumur sedar kumpulan bawah 45 tahun sebenarnya akan menentukan PRU 14. Mereka 75 peratus pengundi masa itu.

Kami bangga menyerahkan negara kepada generasi muda negara yang hampir maju. Malah, bersiaran di Lembah Klang, atau bermotor di Lebuhraya PLUS, atau menikmati suasana Putrajaya, sudah pun maju !Our work is done....!

"Que Sera, Sera. What will be ,will be " kata Doris Day. - sumber
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

UMNO Parti Tunggal?! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 31 May 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!