Tuesday, 14 May 2013

Ucaptama LGE

Ucapan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Semasa Persidangan Khas DAP 11 May 2013.

Diantara intipati ucapan LGE ( Part 1 )

Mempertahankan Rakyat

Walaupun UMNO membalas dendam untuk kekalahan mereka dalam pilihan raya umum, terutamanya kegagalan untuk mendapatkan majoriti 2/3 parlimen, dengan menyalahkan orang Cina; MCA dan Gerakan berperangai kebudak-budakan dengan menutup pusat-pusat khidmat mereka. Rakyat tidak akan lagi menjadi mangsa kepada ancaman tersebut. MCA dan Gerakan lebih tutup kedai dan bukan sekadar pusat-pusat khidmat mereka.

Pemimpin-pemimpin DAP dan ahli-ahli perlu berusaha lebih dengan menggantikan BN sama ada MCA atau Gerakan, dalam berkhidmat kepada rakyat di mana MCA atau Gerakan telah meninggalkan rakyat.

MCA dan Gerakan terlalu memandang rendah harapan rakyat untuk perubahan jika mereka fikir menutup pusat khidmat atau pejabat mereka sebagai membalas dendam kerana kekalahan dalam pilihan raya umum boleh menakut-nakutkan pengundi. DAP tidak menutup pejabat atau pusat khidmatnya apabila kita kalah dalam setiap pilihan raya umum sejak 1966 sehingga 2008 tetapi terus berjuang untuk rakyat.

Semua ini dilakukan apabila UMNO menjadikan kedua-dua DAP dan masyarakat Cina sebagai penjahat kerana berani melawan dan mengundi menentang BN. Rakyat Malaysia tidak lagi bodoh dan tidak akan membenarkan BN memainkan isu-isu nasional dengan sentimen perkauman.

Sebaliknya setiap perkara perlu dibincangkan dan diputuskan berdasarkan merit tanpa berasaskan sentimen kaum tetapi berasaskan keperluan. Ini adalah anjakan paradigma baru pilihan raya umum kali ini – bahawa rakyat telah muak dan bosan dengan politik berasaskan kaum dan pelampau serta memilih dengan jelas untuk dasar-dasar mesra rakyat yang memberi perubahan kepada kehidupan rakyat biasa.

Marilah kita membuktikan bahawa kuasa rakyat adalah lebih kuat daripada orang-orang yang berkuasa!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Ucaptama LGE Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 14 May 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!