Wednesday, 8 May 2013

Tiga Samseng PAS Disabit Salah

Tiga Samseng PAS Di Penjara!!!

Akibat berkelakuan samseng, tiga penyokong Pas dipenjara tiga hari dan denda sebanyak RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Nik Habri Muhamad setelah tiga penyokong Pas terbabit mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan memukul, menendang van kempen Barisan Nasional (BN) dan mengoyakkan poster-poster parti pada kenderaan terbabit.

Kejadian berlaku dua hari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ahad lalu dan tertuduh ditangkap sehari kemudian.

Mereka turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda ditetapkan.

Nik Habri memerintahkan hukuman ke atas tertuduh, Mohd. Nabil Fikri Mohd. Zain, 21, Ahmad Redza Aziz, 22, dan Mohd. Aiman Mu hammad, 28, kesemuanya berasal dari Baung Bayam di sini, bermula dari tarikh mereka ditangkap.

Tertuduh didakwa secara bersama melakukan perbuatan samseng itu di hadapan bangunan Pusat Dagangan Kelantan (KTC), Jalan Stadium, di sini pada pukul 2.30 pagi, 3 Mei lalu iaitu dua hari sebelum PRU-13.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, van Pemuda BN yang turut membawa penyokong parti itu telah melalui Jalan Stadium di sini. Bagaimanapun, secara tiba-tiba sekumpulan penyokong Pas yang sedang berhimpun di Stadium Sultan Muhammad IV, datang menyerbu ke arah van tersebut.

Penyokong Pas tersebut telah bertindak memukul dan menendang van berkenaan serta mengoyakkan poster-poster BN sebelum menampal poster 'K' (Kekal Kelantan) serta meletakkan bendera Pas pada kenderaan itu. - UTUSAN ONLINE

*Gambar: Senjata yang ditemui dari samseng PKR JelapangTiga Samseng PAS Di Penjara!!!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiga Samseng PAS Disabit Salah Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 8 May 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!