Saturday, 25 May 2013

Tanah Melayu Mundur Tanpa Cina?!

Dalam Bible King James Book of Job 28:16 menyebutkan "It cannot be valued with the gold of Ophir, with the precious Onyx or the Sapphire."

Gunung Ophir yang disebut dalam Bible itu juga disebut Kim Sua atau Gunung Emas dalam bahasa cina merupakan satu kawasan yang amat kaya dengan emas terletak di negeri Johor dan dikenali sebagai Gunung Ledang.

The London Quaterly Review jilid 86-87 yang diterbitkan pada tahun 1850 menyatakan "In truth, as Solomon's ships, which brought back this gold, were absent so long, there seems to be good reason for believing that his Ophir may have been in the Malayan Peninsula or adjacent countries, crystalline and granitic, which still furnish a considerable amount of gold."

William James Perry didalam bukunya The Children of the Sun yang diterbitkan pada tahun 1927 pula menyatakan "The Malay Peninsula contains numerous remains of antiquity, not in the form of temples, but of ancient mines, the technique of which testifies to a high civilization."

Mount Ophir itu disepakati oleh para sarjana adalah Gunung Ledang!!!

Claudius Ptolemy pula dalam bukunya Geographia pula menamakan tanah ini sebagai Chersonesus Aurea - atau Bumi Emas, kerana kekayaan emasnya yang melimpah ruah.

Hugh Clifford menyatakan "The recent discovery in the Malayan state of Pahang, the homes of apes and ivory and peafowl, of immense goldmine of very ancient date and of a workmanship that has no counterpart in southeastern Asia, supplies an ample reason for the designation of Golden so long applied to the Chersonese. Here hidden away under the shade of the primeval forest, are excavations, which must have yielded in their time tons of their precious metal."

Jika anda pernah pergi ke Raub, Pahang, nama Raub ini diambil kerana banyaknya emas disitu sehingga boleh diraub dengan tangan. J.A. Richardson dalam buku The Geology and Mineral Resources of the Neighbourhood of Raub Pahang menyatakan bahawa"People found that for every "dulang" of sand there was a handful (raub) of gold". Manakala cerita rakyat pula menyatakan bahawa seorang tua dan dua anaknya menemui emas setiap kali mereka meraub tanah di Raub, maka kerana itu tempat ini dinamakan RAUB.

Kampung arwah Bonda saya di Merapoh, Kuala Lipis juga pernah menjadi kawasan perlombongan yang utama di Pahang selain dari Raub. Dikhabarkan semasa zaman penjajahan Jepun, 2 gerabak (keretapi) jongkong emas disembunyikan dalam salah satu gua disitu dan tiada siapa dapat menemuinya sehingga hari ini.

Negeri Perak pula kaya dengan bijih timah. Bijih timah yang pada awalnya dikuasai oleh pembesar Perak, akhirnya menjadi perebutan antara gengstar-gengst ar cina yang pada awalnya dibawa masuk oleh British untuk menjadi kuli di lombong-lombong British.

Kuala Lumpur dibina pada tahun 1857 di kuala sungai Gombak dan Klang. Pendudukannya bermula apabila seorang ahli keluarga kerajaan Selangor, Raja Abdullah, membuka Lembah Klang untuk pelombongan biji timah. 87 pencari gali berbangsa Cina telah pergi ke Sungai Klang dan memulakan carigali dikawasan belantara Ampang (masa itu). Diberitakan bahawa 69 orang dari mereka meninggal dunia kerana serangan penyakit, namun perlombongan disitu telah berkembang pesat. Keadaan ini telah menarik perhatian banyak peniaga yang memasarkan keperluan asas kepada pelombong-pelom bong. Peniaga mula membina kedai di kuala Sungai Klang dan Gombak, maka sebuah bandar yang dikenali sebagai Luala Lumpur telah ditubuhkan. Sejarah Kuala Lumpur juga amat berkait rapat dengan Haji Abdullah Hukum, yang merupakan salah seorang panglima kepada kerajaan negeri Selangor.

Kekayaan hasil bumi Kuala Lumpur telah menarik minat peniaga dan buruh dari China. Mereka bukan sahaja berniaga malahan mula membuka kongsi-kongsi gelap untuk menjaga kawasan masing-masing. British merasakan mereka perlu melantik seorang Kapitan Cina bagi mengawal kegiatan kongsi gelap ini dan mereka telah melantik Yap Ah Loy sebagai Kapitan Cina Pertama Kuala Lumpur. Selain dari Yap Ah Loy, Chong Chong juga mahukan jawatan tersebut, malahan ada dendam berdarah antara dua ketua kongsi gelap ini iaitu Yap Ah loy dan Chong Chong.

Kekayaan hasil bumi Tanah Melayu ini yang kaya dengan pelbagai mineral dan tanahnya subur untuk pertanian, membawa kepada penanaman getah telah melonjakkan ekonomi negara ini suatu masa dahulu.

Temenggong Ibrahim dan kemudiannya Sultan Abu Bakar dari Johor pula mengamalkan sistem Kangchu yang membawa buruh dari cina untuk bekerja diladang-ladang cengkih, gambir dan lada hitam baginda. Kekayaan warisan Kesultanan Johor dari pertanian ini ditambah dengan kebijaksanaan baginda untuk membuat pelbagai pelaburan semasa pengembaraan baginda ke Jepun, San Francisco, Hawaii dan lain-lain tempat.

Kekayaan dan kemakmuran negeri ini menarik minat pelbagai pihak seperti penjajah Portugis, Belanda, British dan Jepun. Minat ini juga dikongsi oleh pedagang dan buruh cina untuk bekerja dan melabur di negara ini. Kedatangan mereka sama seperti buruh Bangladesh dan Indonesia hari ini yang pada awalnya bekerja dan sesetengahnya berniaga.

Tan Kah Kee yang berimigran ke Singapura pada tahun untuk bekerja di kedai beras bapanya, telah membina empayar perniagaan getah, perkilangan dan import-export. Kekayaan ini dihantar balik ke China antaranya, beliau telah menubuhkan Jimei University dan Xiamen University di Xiamen, Fujian.

Beliau juga membiayai dana pendidikan cina di Tanah Melayu yang mana hasrat beliau supaya anak-anak cina yang lahir di Malaya menjadi seorang yang terpelajar dan mampu membangunkan China setelah mereka semua kembali ke China. Hasrat beliau ini tertulis dalam bukunya The Memoirs of an Overseas Chinese of the Southern Ocean yang ditulis semasa dalam buruan Jepun di Jawa.

Persoalannya... Mengapa mereka (imigran cina) datang ke Tanah Melayu? Adakah Tanah Melayu akan mundur tanpa mereka? Adakah benar Malaysia hari ini membangun kerana mereka? Atau mereka sebenarnya yang menumpang kekayaan Tanah Melayu ini?

Jawapan yang pasti adalah; Tanah Melayu yang kaya dengan pelbagai hasil ini memberikan mereka kekayaan sedangkan mereka merupakan cina singkeh di China.

Itu adalah sejarah lama, ketika Tanah Melayu belum merdeka. Hari ini kita menerima orang cina sebagai saudara senegara kita. Kita orang melayu menghormati adat resam dan budaya mereka. Malahan semasa pembinaan negara ini, kita berikan mereka keistimewaan untuk terus mengamalkan budaya mereka, memelihara bahasa dan tulisan mereka, malahan membenarkan mereka terus mengekalkan identiti kecinaan mereka.

Ini bukan satu pertukaran tetapi satu toleransi yang cukup harmoni bagi membina sebuah negara yang majmuk. Melayu menambatkan bangsa mereka dengan Islam supaya bangsa ini (melayu) mampu memertabatkan Islam. Tidak ada lain bangsa didunia yang didefinasikan dengan agama mereka melainkan melayu!.

Bagi aku, soal bangsa; kita boleh toleransi, soal bahasa; kita boleh bertolak ansur, tetapi apabila Pertubuhan Pergerakan Pemulihan Huaxia Sedunia Malaysia mula menyentuh soal agama, itu tiada kompromi!

Jika anda; Pertubuhan Pergerakan Pemulihan Huaxia Sedunia Malaysia menyatakan semasa Perang Dunia Kedua, 500 ribu kaum cina terkorban (bukan kerana mempertahankan Tanah Melayu, tetapi kerana dendam Jepun dan juga Perang Jepun di China) dan sanggup mengorbankan lagi nyawa mereka hari ini, Kami seluruh Umat Melayu menghalalkan darah kami untuk mempertahankan agama kami!!! - Azanisham Samad
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tanah Melayu Mundur Tanpa Cina?! Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 25 May 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!