Saturday, 11 May 2013

SPR Sahkan Tiada Pendatang Haram

SPR nafi dakwaan pendaftar asing jadi pengundi

Putrajaya: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan pembangkang kononnya ramai pendatang asing menjadi pengundi pada PRU-13.

Ini kerana Daftar Pemilih yang digunakan dalam PRU Ke-13 merupakan Daftar Pemilih yang diwartakan dan melalui proses pembersihan yang terperinci melalui semakan online dengan rekod warganegara dan alamat terkini pemilih seperti yang terdapat dalam pangkalan data warganegara di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Daftar pemilih yang telah digunakan dalam PRU Ke-13 adalah daftar pemilih yang terbersih mungkin yang disediakan oleh SPR.

Oleh kerana sistem pendaftaran pemilih menggunakan nombor kad pengenalan 12 angka yang unik sebagai identifier pendaftaran, maka mustahil terdapat pendaftaran berganda dalam Daftar Pemilih.

Melalui sistem pendaftaran itu, tidak ada sesiapa yang bukan warganegara sama ada dia Bangladesh, Indonesia, China atau India., yang dapat mendaftar.

Oleh yang demikian andaian dan dakwaan kononnya terdapat 40 ribu warga Bangladesh yang diangkut untuk mengundi dalam PRU Ke-13 baru-baru ini adalah satu kenyataan yang tidak berasas dan fitnah semata-mata, kerana Daftar Pemilih yang diwartakan itu adalah muktamad. - Metro

Yang berkuasa memberi maklumat penduduk adalah kerajaan Negeri, Dari laporan yang dikeluarkan SPR memang tidak ada, tetapi pendaftaran kerakyatan dilakukan oleh Negeri, aku nak tanya, berapa ramai pendatang dari China kini bermastautin di P. Pinang?! SPR boleh mengaku MEMANG TIADA kerana ia dinyatakan bergantung kepada daftar penduduk yang dibuat oleh kerajaan negeri?!

Ada yang tak tahu cakap melayu, lagu negaraku dan tak tahu rukun negara...Itu belum aku tanya siapa Perdana Menteri pertama Malaysia~Haissshh....

Watch out DAP!




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
SPR Sahkan Tiada Pendatang Haram Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 11 May 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!