Monday, 20 May 2013

Saya Tidak Akan Jual Roh Saya Kepada DAP!

Lim Guan dan Karpal Panas Punggung!!!!

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim mendakwa akan terus mendedahkan semua rancangan DAP yang didakwanya bertujuan untuk merosakkan negara kepada umum.

Sebagai seorang anak Melayu tegasnya, beliau tidak pernah menjual ‘rohnya’ kepada DAP dan menjadi tugasnya untuk mempertahankan keamanan negara dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. “Saya akan terus dedahkan kepada umum semua rancangan ‘rahsia’ DAP yang cuba merosakkan negara.

"Sudah menjadi tugas saya untuk mendedahkan tujuan yang tidak betul, saya tidak takut!” dakwanya kepada media semalam. Ditanya mengenai amaran Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu mengambil tindakan mahkamah sekiranya Abdul Aziz terus mendedahkan rahsia DAP, Abdul Aziz menjawab beliau bersedia berhadapan dengannya di mahkamah.


“Saya tidak takut dengan amaran tersebut, ini negara saya, keluarga saya sudah berada di negara ini sejak ribuan tahun lalu, saya tidak akan jual roh saya kepada DAP. “Semakin amaran begini dikeluarkan, semakin itulah semangat saya untuk dedahkan ‘rahsia’ DAP berkobar-kobar,” katanya.

Karpal mahu Abdul Aziz menghentikan pendedahan yang menjadi rahsia dalam parti itu kepada umum. Menurut Karpal, jika Abdul Aziz benar-benar ‘gentleman’ beliau tidak harus mendedahkan rahsia dalam parti. -  Sumber




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Saya Tidak Akan Jual Roh Saya Kepada DAP! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 20 May 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!