Sunday, 19 May 2013

Raja Mohd Nazrul Bakal Saman Pro Pembangkang?! [Video]

Bagi mereka yang buta hati, elok baca cerita mengenai penderitaan seorang lelaki Melayu yang dilabel pengundi hantu oleh pembangkang seperti dipapar dibawah.

Beliau yang dimaksudkan ialah Raja Mohd Nazrul Azwqan Raja Zaini, 27 tahun yang bekerja dengan Indah Water Konsortium atau IWK di Ipoh.


Kejadian yang tidak diduga bermula apabila beliau seperti jutaan rakyat Malaysia yang lain keluar mengundi pada 5 Mei lalu bagi memilih sebuah kerajaan.

Menurut Raja Mohd Nazrul semasa dia bersama abangnya Raja Mohd Zairul Azhar Raja Zaini membuang undi di Sekolah Menengah Raja Chulan Ampang, Ipoh pada jam 11 pagi pada 5 Mei lalu dan ketika sedang beratur, dua lelaki Cina, seorang memakai baju merah dan putih dengan tag tertulis Agen menghampirinya sambil meminta kad pengenalan tetapi beliau tidak melayan permintaan mereka.

"Ketika menghampiri pintu giliran, tiba-tiba lelaki Cina yang memakai baju putih menarik baju saya dan saya berjaya menepisnya.

"Apabila kami tidak melayan mereka, kedua lelaki berkenaan bersama jurugambar telah merakamkan gambar kami,’’ katanya.

Katanya, setelah selesai membuang undi dan ketika hendak pulang ke rumah dengan menunggang motosikal, mereka diekori oleh sekumpulan lelaki yang menaiki kenderaan jenis Toyota Vios warna Perak.

Beliau dan abangnnya kemudian menuju ke Pekan Razaki sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Gunung Rapat berhubung kejadian itu.

Beliau bagaimanapun agak terkejut kerana wajahnya telah dirakam dan disiarkan didalam sebuah laman web pro pembangkang dengan gelaran “pengundi hantu”.

Bagi mencari keadilan (justice),Raja Mohd Nazrul meminta bantuan Biro Undang-undang Parti Gerakan di Ipoh membantu menangani masalah ini.

Beliau merasa sungguh kecewa kerana gambarnya termasuk di dalam tajuk `pengundi hantu yang berjaya ditangkap di beberapa lokasi’ disiarkan dalam laman web Wow berita bertarikh 5 Mei 2013.

Katanya, akibat sebaran gambar di dalam dalam laman web itu, dia sering dipandang serong dan dihina oleh masyarakat kerana disangkakan rakyat Bangladesh.

"Saya tidak akan berdiam diri dan akan menggambil tindakan undang-undang terhadap laman web pro pembangkang ini kerana melebel saya sebagai pengundi hantu hanya semata-mata kepentingan politik mereka,’’ katanya.

Raja Mohd Nazrul berkata beliau tampil kerana mahu membersihkan namanya gara-gara permainan politik kotor pihak pembangkang.

"Saya menyerahkan kes ini kepada Biro Undang-Undang Parti Gerakan dan BN Perak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web terbabit yang saya anggap telah memusnahkan masa depan saya,’’ katanya.

Sementara itu Biro Undang-undang Gerakan memberikan tempoh 48 jam dari hari ini kepada pihak laman web pro pembangkang itu supaya memohon maaf dan mengeluarkan gambar Raja Mohd Nazrul yang kini masih terdapat didalam laman web itu.

Biro itu juga meminta mana-mana individu yang merasa teraniaya gara-gara politik kotor pembangkang, dapat tampil untuk bersama-sama mengambil tindakan yang sewajarnya.-16/5/2013- Agendadaily

Dalam wawancara stesyen television, Beliau yang didakwa pengundi hantu oleh sebuah laman sesawang pembangkang, akan mengambil tindakkan undang-undang kepada pemilik web tersebut, 


Sikit punya hensem dichop bangla...cilake punya PR!!!!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Raja Mohd Nazrul Bakal Saman Pro Pembangkang?! [Video] Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 19 May 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!