Friday, 17 May 2013

PRU13 : 27 Kawasan Parlimen Akan Dicabar?

PKR hari ini (13 Mei)  berkata mereka telah menerima 237 laporan penipuan yang berlaku ketika Pilihan Raya 2013 di 27 kawasan Parlimen yang dimenangi Barisan Nasional (BN).

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, berkata, pasukan #siasatPRU13 yang diketuainya turut menemui keraguan di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Kedah dan Pulau Pinang, dan akan meneliti kesemua kerusi berkenaan.

“PKR akan bekerjasama dengan DAP dan PAS untuk menjalankan siasatan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini. “Oleh kerana 19 daripada kerusi ini dimenangi tipis oleh BN adalah kerusi PKR, proses mengumpul maklumat dan bukti bagi tujuan petisyen pilihan raya sedang giat dijalankan.”

Rafizi juga mengesahkan Pakatan Rakyat (PR) juga akan mengemukakan petisyen mengenai penipuan dalam pilihan raya umum ke-13 pada hujung Mei ini, namun mendakwa undang-undang pilihan raya tidak “mesra” pembangkang.

“Kami akan kemuka petisyen hujung Mei ini ... bagaimanapun undang-undang semuanya menentang kami kerana BN yang buat undang-undang,” katanya.

“Saya tidak menjangkakan petisyen akan berpihak kepada pembangkang,” katanya dan menambah, beliau tidak mempercayai gesaan pemimpin BN supaya menyuarakan rasa ketidak puasan hati mereka berhubung perjalanan pilihan raya melalui petisyen.

Ketika sidang media itu juga, Rafizi turut mengemukakan senarai antara kerusi yang diraguinya, termasuklah Bentong; Kuala Selangor; Baram; Sungai Besar; Pasir Gudang; Labis; Machang; Ketereh; Titiwangsa; Tebrau; Bagan Serai; Kota Marudu; dan Beufort.

Rafizi turut menyenaraikan kerusi Setiawangsa; Segamat; Ledang; Balik Pulau; Kulim Bandar Baharu; Pulai; dan Kuala Kangsar; Muar; Pendang; Hulu Selangor; Sabak Bernam; Merbok; Pensiangan; dan Saratok.

Ahli Parlimen Pandan itu turut menegaskan, daripada 27 kerusi Parlimen berkenaan, hanya dua sahaja yang mereka masih lagi belum menerima laporan penipuan iaitu di kerusi Parlimen Machang dan Hulu Selangor.

Antara kriteria utama yang menjadi fokus siasatan mereka jelas Rafizi adalah termasuk margin kemenangan tipis bawah 5 peratus; margin kemenangan tidak sepadan dengan undi rosak apabila undi rosak lebih besar daripada margin kemenangan; peratusan undi pos dan undi awal mengatasi margin kemenangan undi biasa sehingga keputusan pengundi biasa bertukar akibat pola undian kedua-dua undi berkenaan yang diragukan; serta kerusi yang dilaporkan bukti kukuh beserta laporan polis.

PKR juga jelas Rafizi turut menumpukan kepada enam senarai penipuan yang jelas iaitu; pengundi dilarang mengundi kerana undi mereka dibuang orang lain; BN membeli undi; dakwat kekal tidak kekal; kesalahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menandatangani Borang14 sebelum pengiraan; dan pengundi warga asing.

“Kami mempunyai bukti bergambar dan video untuk menyokong dakwaan kami di kerusi Parlimen Balik Pulau,” katanya mendakwa berjaya memperolehi gambar pengundi menukarkan vaucer kepada wang tunai.

“Kami sedang berusaha mendapatkan pengundi yang berani tampil mendedahkan tentang kewujudan vaucer berkenaan,” tambah pemimpin muda PKR itu lagi

Rafizi bagaimanapun turut berkata, pihaknya juga kini sedang mengesan beberapa penipuan yang dipercayai wujud di kerusi yang dimenangi pembangkang, seperti di Parlimen Lembah Pantai, Selayang dan juga kawasan yang dimenanginya, di Pandan.

Pasukan yang diketuainya itu jelas Rafizi mengandungi seramai 67 anggota sukarela, yang meliputi mereka yang bekerja sebagai peguam, dan akauntan.

Jelasnya lagi, laporan berkenaan penipuan yang berlaku ketika pilihan raya itu juga sedang diteliti dan pasukannya memanggil pengadu untuk mengambil keterangan dan bukti untuk tindakan susulan.

“Selain penyiasatan kualitatif, #siasatPRU13 juga menjalankan analisa kuantitatif untuk mengenalpasti pelbagai perkara yang menguatkan lagi sentimen rakyat bahawa PRU13 dimenangi BN melalui penipuan,” kata Rafizi.

Segala bukti yang berjaya dikumpulkan jelas Rafizi lagi akan dikumpulkan dalam tempoh seminggu dari sekarang setelah kesemua saksi selesai memberikan keterangan.

Sebagai bantahan kepada keputusan Pilihan Raya 2013, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menganjurkan beberapa siri perhimpunan besar-besaran di seluruh negara termasuk di Petaling Jaya, Pulau Pinang, dan Ipoh sejak minggu lepas. - themalaysianinsider


IDEA PROTES BANGANG RAFIZILEMBU!

Pihak pembangkang seharusnya meneliti semula siapa wakil parti yang diletakkan semasa kiraan undi dilakukan, adalah menjadi kebodohan mereka sendiri jika meletakkan wakil yang bingai untuk mempertahankan jumlah undi yang rosak apabila disyorkan oleh pegawai SPR yang bertugas. So jangan nak tunding jari kepada BN jika wakil calon korang sendiri sengal atau idea bangang terbaru nak cabar keputusan PRU13.


Idea untuk mengatakan undi rosak ini menghadirkan pelbagai pandangan. Ada yang setuju dan ada yang tidak. Ada juga yang neutral dan tidak ambil peduli. Ada yang beranggapan bahawa tindakan merosakkan undi ini adalah satu bentuk pembaziran sumber pertugas SPR dari segi masa dan tenaga yang dibuang untuk membilang undi rosak. 

Dari sudut yang lain pula, ada yang beranggapan bahawa masa yang dibazirkan pengundi untuk berbaris dan memangkah undi rosak itu lebih baik digunakan untuk melayan drama Melayu.

Pada pilihanraya yang lepas-lepas terutamanya pada PRU12, terdapat peratusan yang tinggi pada undi rosak di banyak tempat. Parti yang peka akan memahami bahawa undi rosak yang signifikan jumlahnya itu adalah satu isyarat yang cuba disampaikan kepada mereka. 2-2 Pihak suruh memangkah undi tapi pernahkah 2-2 pihak buat latihan atau setakat tampal kat notis board??!


Ada yang mempersoalkan, bagaimana mahu tahu samada undi rosak itu dilakukan dengan sengaja (untuk protes) atau akibat kejahilan pengundi?

Propaganda "BLACK OUT" apa cerita?buang masa kan?!Memang takde keroje lain seLEMBUt ine...Semua kamu je yang betul...?


Contoh UNDI ROSAK YANG DILAKUKAN OLEH PENGUNDI???!!!!
Macam ini pun ada...hahahaha...








للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
PRU13 : 27 Kawasan Parlimen Akan Dicabar? Daeng Selili Rating: 5 Friday, 17 May 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!