Wednesday, 15 May 2013

PRU Tidak Sah?!

PRU 13 Tidak Sah, Yang Sah Hanyalah Perlantikan Angkat Sumpah!


Penulis tersenyum sinis sambil menggeleng-gelengkan kepala melihat apa yang sedang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan pengikutnya. Hakikatnya, PR telah berjaya menambah kerusi Parlimen dan mengukuhkan kedudukan mereka di negeri paling kaya di Malaysia, iaitu Selangor Darul Ehsan.

Ramai yang terkejut, atas faktor kegagalan BN menawan hati pengundi untuk kembali memerintah negeri tersebut. Harapan yang membuak-buak rupanya palsu. Majlis makan malam besar-besaran bersama Perdana Menteri beserta agihan t-shirt BN sehingga tidak cukup untuk menampung permintaan juga hanya sekadar sinetron. Apatah lagi, bahasa tubuh dengan isyarat 1 Malaysia yang dilihat cukup popular rupanya hilang ibarat kabus di tengah hari pada tanggal 5 Mei seawal jam 7.30 pagi. Laungan 1Malaysia, dan “We Love PM” ternyata hanya ibarat menanam tebu di tepi bibir. Hakikatnya, kita tahu bahawa “rakyat Malaysia” menolak BN secara total.

Dan penolakan ini telah menyebabkan PR menguasai kawasan-kawasan yang mempunyai 35% dan keatas, majoriti “rakyat Malaysia”. Penolakan yang terancang ini rupanya masih belum mampu menumbangkan BN. Buat ketika ini, penulis melihat mereka sudah sampai ke tahap tepu apabila “full-swing” gagal meletakkan impian Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Hasilnya, Anwar Ibrahim bertindak untuk membuat satu lagi “roadshow” untuk, at all cost, menjadikannya Perdana Menteri. Cerita PRU 13 kononnya tidak adil dijaja ke pelusuk negara. Yang amat menghairankan, kesemua kerusi yang mereka menang diklasifikasikan sebagai adil, dan kerusi-kerusi yang mereka kalah diklasifikasi sebagai tidak adil.

Dari aspek ini sahaja, rakyat yang normal dan rasional pasti faham motif disebalik ”ketidakadilan” yang didakwa. Desperado, itulah perkataan paling tepat untuk kita labelkan ke atas ahli politik bernama Anwar Ibrahim yang gagal menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Mungkin pada penyokong BN, mereka juga perlu labelkan kekalahan Ali Rustam, Fuad Zarkashi, Hamidah Osman dan ramai lagi pemimpin BN sebagai bukti SPR tidak adil dalam PRU13, tetapi boleh sahaja melabelkan SPR cukup adil di Pekan, Kuala Selangor, dan Sembrong serta kerus-kerusi yang dimenangi oleh BN.

Apa pendapat kita yang rasional jika ini berlaku?

Dalam protes oleh PR terhadap keputusan PRU13, pemimpin-pemimpin mereka tidak pula memprotes majlis angkat sumpah dan perlantikan untuk jawatan MB dan Exco di negeri-negeri yang mereka kuasai. Malah, watikah perlantikan diterima dengan senyuman lebar dan berbangga-bangga.

Dalam keadaan itu pun, masih lagi mereka bermain politik dan menafikan keputusan PRU13.

Persoalannya, berapakah skala kebodohan rakyat Malaysia hingga tidak mampu menilai situasi ini?






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
PRU Tidak Sah?! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 15 May 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!